Review K Colly Sweet 17


 
KColly Sweet 17 (Korean Collagen)

Sebagai pengguna yang baru saja menjinak-jinakkan diri untuk pakai THIS produk, nak kasi sikit review lepas pakai produk. Mula macam tak percaya sangat keberkesanan produk ni tapi lepas senior aku cadangkan makan suplemen ni, ada la nampak kesannya. sikit la. SIKIT.

Sebelum ni aku ambik suplemen vit c 1000mg. Alhamdulillah dah habis dekat 4 botol. memang ada kesan cuma kulit aku cepat sensitif dengan air. cepat gatal-gatal. tapi parut jerawat memang hilang. SERIES. aku pakai semata-mata nak buang parut-parut bintang kejora yang berlambak kat satu badan termasuklah muka akibat chickenpox. huh! then, aku nak try pakai aurawhite tapi akak senior tu cakap ramai bagi feedback tak berkesan. Mmm ekk. tapi kawan aku pakai elok je. putih melepak gebu ada la. mybe ikut jenis kulit kot.

 

Okay. Dah tiga minggu aku pakai KColly Sweet 17, antara fakta yang dapat dikongsi ialah:


  • kulit tak kering macam kulit biawak. keras. berkuping. dan menggerutu
  • cerah tu tak lah. depend pada genetik. kalau gelap ireng tunteng pakai lah 10 botol pun, effect nya slowwwwww.
  • halus? boleh laa. sikit. taklah kulit licin bak telur rebus.
  • parut? memang berkesan. hilang jugak lah kesan jerawat.
  • nafsu makan? gemuk? pasti kalau makan tak jaga.
  • mahal? alaaa sebotol baru RM130, depend pada  supplier lah. kalau yang jenis cekik darah nak untung banyak, memang mahal lah citer dia.
  • sebotol tahan sebulan. kalau makan ikut aturan.
  • manis? ramai cakap manis. padahal biasa je. manis buah. taknak manis, bancuh sikit air.
  • bau? memang sedap. bau buah strowberi. tapi bila bancuh, sikit hanyir sebab ada campuran stem cell dari ikan.

Testimoni. Wink-wink! Daripada siti jaja;



okay. tu je fakta yang dapat dikongsi bersama. ops sorry takde testimoni daripada aku sendiri. kamera lens pecah sebab model testimoni lawa sangat. next entry nak review pasal produk lain pulak iaitu Wonder Glow. kbai