Photoboom at Bandar Agacia Kampar, Perak


Assalamualaikum :)

Harini nak share photoboom dekat Bandar Agacia, Kampar, Perak. Semalam saja habiskan masa terluang manfaatkan masa cuti seminggu ni cuci mata kejap tengok landscape dekat bandar baru ni. Not bad la. Siapa yang suka ambik gambar tu boleh la datang sini. Actually, yang ni bangunan kedai, baru siap. Sebelah tu ada perumahan elite, depan bangunan ni ada condo baru naik. Nice la. Masuk tak kena bayar pun hehe.

Sekali pandang bangunannya macam dekat luar negara pun ada, bezanya panas lah hehe. Malas cakap banyak, tengok sendiri model tak berbayar hehehe :p
















Search je dekat maps:

Bandar Agacia Kampar, Perak

Okay, bye :P 


Review Steamboat Best Area Shah Alam/Klang

Assalamualaikum

Harini saya nak review sedikit tentang Steamboat Best Area Shah Alam/Klang.
Kalau ada sesiapa yang berminat nak pergi makan steamboat tapi tak tahu tempat best kat area sini, boleh la cuba.


Tempat ni bagi saya best sebab suasana dia okay la kalau nak bawa family atau kawan-kawan makan kat sini. Mula beroperasi pukul 6 petang sampai 12 malam. Kalau nak makan banyak datang awal okay sebab kedai ni boleh tahan popular jugak. Apa yang menarik?

  • Harga berpatutan la. Saya pergi pada 26/7/2016 harga dicas RM23/per head (dewasa) tapi saya tak ingat harga untuk kanak-kanak berapa sebab bawah 7 tahun free of charges. Warga emas pun ada harga diskaun, pun saya tak ingat berapa. Yang saya ingat makan saja. Heee
  • Ada macam-macam jenis seafood macam crab ball, crab meat, fish ball, macam-macam pattern bentuk jenis rasa. Hahahaha too many. Ada aneka mee kering/maggi kalau nak celur.
  • My favourite adalah sayur yang sangat fresh. Ohyeahh. Ada daging lembu, kambing, ayam tapi lain-lain sos ada. Boleh pilih.
  • Pilihan kuah ada dua sebab tak boleh campur, sup atau tom yam, but then I choose tom yam lah. Much better sebab nak makan seafood kan.
  • Ada busker masa tengah makan. Layankan lagu jela ea. Kalau ada anak-anak kecik yang malas nak makan, boleh letak diorang dekat play-port macam kat shopping mall tu. Sumbat je dalam tu biar dia main dalam tu puas-puas. So korang boleh bakar-bakar dan hirup tom yam dengan enak.

Okay kalau nak pergi ke Captain Steamboat and Grill ni, boleh klik link kat atas tadi. Restoran ni dekat area Kapar, Klang. Nak cari senang je sebab betul-betul tepi jalan. Sebelah kedai ada rumah banglo dengan barisan kereta-kereta mewah pemilik restoran ni. Jom!

Okay belanja sikit. Maaf la hitam sebab hangus sikit. Hehehe

Tempat ni saya pergi pada 2/8/2016 dan yang ni murah sedikit berbanding Captain. Saya pergi dengan family kawan baik saya untuk sambut hari jadi family dia so agak meriah sikit. Tempat ni dekat Kampung Jawa, Klang. Dekat dengan stesyen keretapi Klang dan memang selalu penuh walaupun hari biasa, so saya galakkan anda booking terlebih dahulu. Boleh call, nak info lebih klik kat nama kedai atas ni. Terus ke page facebook kedai tu. Jom usha apa yang menarik.

  • Harga dicas RM21/per head. Makan la selagi mahu. Yang ni ada denda tau, kalau tak habis makan, setiap 100gm dicas RM5. Hahaha so jangan lah membazir okay, takpe tebal muka pergi ulang alik ambik banyak kali daripada tak habis kena denda.
  • Kedai ni special sebab sup boleh campur. Pot dia ada dua bahagian, so sebelah boleh letak sup, sebelah letak tom yam. Okay best!
  • Biasa lah makanan sama macam restoran steamboat lain ada seafood, sayuran, kerang-kerangan, daging/ayam, dan mee/maggi untuk celur. Tapi kat sini saya recommend menu daging perap sebab memang tip-top! Perhh! Kawan saya makan daging kambing 5 pinggan sebab bagi dia kat tempat lain tak dapat makan daging kambing RM21 banyak macam tu. Makan sampai pening!
  • Tapi saya tak tahu lah kenapa kedai ni agak panas berbanding yang kat Captain. So saya suggest bawa kipas tangan atau kipas bateri ye. Hehehehe.


Ini kawan saya, Mekda dan family dia. Hahaahaha penuh table.
Just nice tau kalau nak makan dua tempat ni. Saya akan buat rating untuk anda daripada saya sendiri:

Setiap kedai ada kelebihan. Ini jujur tau.

Okay see you in my next entry :)

Jom tengok Suicide Squad. Shhh.




Masa aku taip entry ni, aku tengah tengok movie online cerita Suicide Squad.
Siapa nak tengok Harley Quinn? Jom.

Klik sini.

Harley Quinn Movie
Enjoy!