♥ Ramadhan terakhir ♥





Assalamualaikum 

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat seluruh dunia. Hm, ucapan tu tak terlambat lagi kan? Hari ni dah masuk 4 Ramadhan 1433H, so semua semua dah puasa selama 4 hari. Wahh ~ kejap je kan dah 4 hari puasa.



Rasa rugi tak bila puasa yang lepas tak buat terawih?
Rasa rugi kan. Sayangg sangat tapi nak buat macam mana. Hm, Anyway tahun ni dah kali ke-2 berpuasa kat Bumi Pilah ni. First time masa semester 1 dolu-dolu :) HIHI  memang best sebab dulu tak pernah puasa jauh dari family. Sekarang dah rasa okay sikit. Hee. and lagi rasa bertuah sebab dapat puasa first kat kampung sabtu yang lepas. So apa persediaan yang korang dah buat sempena menyambut bulan umat Islam yang mulia ni? Haa, mesti dah plan awal-awal kan. Samalah kita, tapi apakan daya kita manusia biasa hanya mampu merancang tapi Allah S.W.T jualah yang menentukan segalanya 


Bytheway, tadi lepas balik kelas singgah sekejap kat papan memo blok kolej. Then nampak satu kotak kecik tertulis ...

' Pick Me '

Hm. Wonder sekejap then aku pun seluk tangan dalam tu. Sebelum ni dah lama ada, tapi tergerak hati nak seluk tengok apa ada kat dalam tu kan. Rupa-rupanya kat dalam tuh ada sekeping kertas yang mengandungi kata-kata renungan. Sempena bulan Ramadhan kan :) nak tahu apa kata-kata nya ?

Bagi mereka yang Imannya sudah padam, mereka ini tidak mampu membezakan antara Ramadhan dan bulan biasa. Mereka ini tidak ada yang berubah. Kalau ia sedar pun cuma kerana wujudnya bazar Ramadhan di merata tempat. Menyeronokannya membeli belah untuk berbuka sebelum tiba masanya. Orang ini sangat malang nasibnya. Sangat kecil akalnya walau memiliki ijazah peringkat tertinggi. Kalau Ramadhan pun tidak mampu mengubahnya, entah di bulan bila lagi ia mampu melakukanya.

Hm. Betul jugak kata-katanya tu. Kadang-kadang manusia berubah mengikut musim. Dah macam pokok yang berbuah pulak kan -.- Iman kita pun ada turun naiknya. Jadi sama-samalah kita kawal iman kita tu. Jangan sampai DOWN sangat. Yang tu bahaya. Kalau ikut kan , kenapa tajuk post ni Ramadhan Terakhir
Kita tak tahu kan bila Hari Kiamat berlaku ? Jadi ini sebagai peringatan pada kita. Cuba renungkan kata-kata kat atas tadi.

Entah di bulan bila lagi ia mampu mengubahnya?


Ramadhan ni 30 hari je. Tak lama mana pun, sekarang dah masuk 4 Ramadhan, ada lagi lebih kurang 26 hari je lagi. Jadi berebut-rebutlah melakukan amalan wajib dan amalan yang sunat sebab kita tak tahu lagi bila kita dapat bertemu dengan bulan Ramadhan. Tambahan lagi dalam bulan Ramadhan ni, ada satu malam yang diberi nama Malam Lailatulqaddar satu malam yang lebih baik dari malam seribu bulan. Ha jom kira berapa tahun pahala amalan kita di topup oleh pahala amalan Malam Lailatulqadar dengan hanya satu malam sahaja 


1000 bulan = lebih kurang 83 tahun

Besar nilai angka tu kan. Sekiranya kita mendapat syafaat pada malam Lailatulqadar, selama inilah pahala amalan yang diberikan kepada kita. 83 tahun tu macam tempoh riwayat umat Rasulullah s.a.w. zaman sekarang kan ? Umat Nabi Muhammad s.a.w tu kita lahh :) Menyamai bekalan sepanjang hayat. 
Subhanallah ~ Allah S.W.T itu Maha Kaya 
Oleh itu , sama-samalah kita berebut-rebut peluang yang telah Allah S.W.T berikan pada kita. Akhir kata, salam Ramadhan Al-Mubarak dan selamat berbuka :)





*jangan berlebihan belanja pada bulan puasa tau
Share kalau rasa bermanfaat. Terima kasih kerana sudi membaca.
Syukran Ya Jazirann ♥ ♥ Assalamualaikum







No comments: