Apa aktiviti anda selepas habis belajar?

Assalamualaikum wahai pengunjung blog berhabuk sekalian. Hahaha

aku saja je nak post entry. agak dah berkurun jugak lah aku tak menaip. saja je nak share cerita yang tak berapa nak best. *yawn*

Well. alhamdulillah. dengan berkat doa ibu ayah/family/kawan/ aku dah setel habiskan diploma aku. 

yay! *angkat tangan*

and masuk harini dah 2 bulan lebih aku menggangur--

*yayyy*

 tak dapat kerja lagi. jenuh jugak la mencari. aku ingat senang je cari kerja. tapi Tuhan belum lagi bagi rezeki kat mana-mana. baru haritu pergi interview kat tempat lama masa aku kerja lepas spm, tapi application kena hold. until now, takde dapat called.

--frust nate siotttttttt


ekceli, nak cari kerja mudah kalau dapat lebih sikit 'kautim' ibu ayah. 
My mom ada attitude sikit. vision dia lagi hebat dari aku. betul-betul fikir panjang. segala perbuatan dan akibat yang dia buat, semua dia berjaya fikir dengan jayanya. 

and result--

aku duduk rumah. being a fulltime housewife.

aku tak pernah salahkan parents aku sebab sulit nak bagi pelepasan. normal weh, kalau aku ada anak perempuan, aku pun akan buat benda yang sama juga. itu tanda parents sayang anak. dorang boleh bagi asalkan ada mata-mata yang boleh memerhati, ada kelengkapan yang cukup-- tempat tinggal, transport.

yes. cakap pasal transport pulak. memang SALAH AKU.


sape suruh tak ambik lesen D masa dulu? Kenapa tangguh-tangguh? kan dah susah. umur dah tua bangka, tapi suka menyusahkan orang lain. yang selalu jadi mangsa, ofcourse la DIA. nak pergi interview pun harapkan DIA. nasib la DIA rajin melayan perangai mengade aku ni. 
kalau bapak aku--

tataaaa *lambai tangan*

sobs sobs. tsk tsk.

malas nak terangkan kenapa tak ambik lesen D dulu masa sekali ambik B2. masalah kegawatan ekonomi. so benda dah berlalu. sekarang ni baru terasa susahnya takde D.

D is the major things pounding in my head right now. aku akan usahakan jugak untuk dapat D aku tu. even takut takut nak ambik. jeles pulak bila tengok besftriend putaq-putaq stereng dekat laman rumah sendiri. stereng sdn bhd pulak tu.

-- yela. itu rezeki dia.kerja keras 3 tahun lebih. aku pulak rezeki kat nuuuuuu nogori sombilan. melepap 2 tahun lebih kat sana. tuntut ilmu. itulah rezeki aku.

dan sekarang misi baru nak kena tetapkan pulak. aku nak cari lubang kerja. cari duit. bayar hutang belajor. kumpul aset. dannnnnnnn--

married. *muahahahahaha*


further studies? tak kot. dah pikir habis-habis dah. tak kira lah berapa tahun singkat pun aku sambung degree sebab aku dah pikir masak-masak. tunggu nak hangus je. aku kena faham ekonomi family tak sekukuh dulu. aku dulu pun belajor menganggkut hutang kat bahu. bukan 2/3 inggit. huruf K belakang nombor.

jadi setelah perbincangan dibuat, aku ringkaskan yang aku akan terus lompat masuk dunia kerjaya. bagi aku, 

" hidup ni tak perlu sijil. hanya pengalaman mematangkan manusia "

selagi ada usaha, mesti ada hasil. tapi kalau usaha, Tuhan kata bukan rezeki aku nak buat macam mana kan? emmaright?

inshaAllah. semoga Allah permudahkan urusan aku dunia akhirat. 

No comments: