Assalamualaikum. Baru-baru ni banyak sangat spekulasi yang lahir dari pelbagai sumber baik dari luar mahupun dari dalam negara. Isu hot Malaysia la, satu dunia tahu kisah:
Sila abaikan ilustrasi di atas. Hanya gambar semata-mata. |
Hilangnya #MH370 suatu misteri
Bertarikh harini, 9 Jun 2014, genap sudah 3 bulan kisah misteri MH370 yang menelan perbelanjaan hampir RM27.6 juta pada fasa pertama pencarian. Hah kalau aku, belanja makan tujuh keturunan aku pun belum tentu habis. Jumlah sekarang tak tahulah pulak dah mencecah berapa. Lagipun makin lama makin malap pulak kisah misteri ni. Dekat media sosial, memang rancak. Macam-macam cerita tentang si burung besi ni. Baik analisis secara berbukti, mahupun analisis secara copy paste orang punya hihi. Lagi kisah terbaru tentang MH370 ni, ialah pihak keluarga dan waris penumpang-penumpang pesawat Boeing 777-200ER yang tidak berpuashati dengan setiap keputusan yang dibuat dan di utuskan oleh pihak yang berwajib nekad untuk mengumpul dana persendirian sebanyak $5 million. Memang nekad betul usaha pihak keluarga dan waris mangsa nak cari bukti. Bak kata aku la, tak dapat tengok orang, tengok bumbung pun jadi la. Sekurang-kurangnya mereka usaha nak mencari. Sejauh mana kebenaran kerajaan melalukan penyiasatan ke atas kes hangat ni, wallahualam. Aku ni sebagai rakyat biasa yang tak berharta, tak berpendidikan tinggi pun aku masih ciptaan Maha Esa. Tuhan bagi aku akal untuk berfikir. Ya, aku fikir semua ni memang ada konspirasi tapi belum ada bukti yang menunjukkan konspirasi tu betul ataupun tak. Aku banyak jugak membaca dari media sosial. Sekali taip 'MH370' di Google, NAH ! memang berlambak cerita-cerita disebalik tabir kisah misteri kehilangan pesawat yang tercanggih didunia kononnya. Banyak jugak blogger yang tumbuh macam cendawan atas roti lepas seminggu tarikh expired.
Kisah yang paling tak masuk akal ialah seorang pekerja pelantar minyak kena buang kerja lepas buat laporan ternampak pesawat terbakar. Dahsyat betul penutupan kisah kapal terbang ni. Kasihankan keluarga waris. Kalau aku ada kat tempat pewaris dan ahli keluarga, aku pun akan buat benda yang sama. Sekurang-kurangnya terbela nasib mangsa. Dapat sikit bukti pun jadi la. Aku selalu doakan yang terbaik untuk semua. Baik untuk waris mahupun untuk semua skuad pencarian./yang terlibat sepanjang misi SAR MH370. Ini entry aku yang first pasal MH370 ni sebab aku pun tak suka sangat nak ulas panjang-panjang. Cuma atas apa yang aku pernah baca sebelum ni daripada sumber-sumber bloggers, memang ada kebenarannya juga. Tapi kita sebagai pembaca janganlah menyoalkan tentang dari mana datangnya sumber-sumber dan maklumat tersebut kerana mereka juga manusia biasa yang ada keluarga yang perlu dilindungi selalu. Aku harap semua pembaca jangan terlalu mempersoalkan sebab kes ni boleh dikatakan melibatkan kuasa-kuasa besar. Bukan senang nak dapatkan bukti penting.
Andai kata semua pembaca ragu-ragu tentang semua cerita tu, kenapa pulak timbul kontroversi dan konspirasi dalaman tentang pesawat tu? Logik ke? Kata pepatah, " tepuk sebelah tangan tak berbunyi " " masakan pokok bergoyang kalau tidak kerana angin yang goncang ". Nak tipu? Nak bohong? Untuk apa? Jadi, atas nasihat, baca dan fahamilah segalanya. Jangan anggap ianya fitnah kerana tidak ada sebarang kebenaran disertakkan dengan bukti yang kukuh tentang tragedi ini. Oleh itu, anggap sahaja kisah yang aku kongsikan ini sebagai dasar permulaan untuk semua pembaca berfikir sejauh mana langkah kita untuk masa akan datang. Apa yang perlu kita bekalkan bagi menghadapi dunia moden, dunia yang penuh pemalsuan kebenaran.
Zaman kita ni dah masuk fasa akhir zaman, di mana fasa yang terakhir lebih banyak nya penipuan dari kebenaran. Kalau kita tak sedar banyak lagi penipuan secara besar-besaran yang telah diputar belitkan oleh pihak kuasa besar, makin kita hanyut la dalam dunia ni. Aku sebenarnya takut nak bayangkan masa depan. Kuasa terbesar dunia sekarang of course la negara XXX. Filem-filem yang ditayangkan kat panggung pun semua nya kisah kehebatan senjata, kehancuran dunia. Kalau kita mati tanpa sempat bekalkan amalan, macam mana? So berbalik pada cerita pasal MH370 tadi, ohh banyak nya aku melencong. aku sebenarnya nak share link yang merangkum semua konspirasi pasal tragedi ni. Boleh tahan dia punya rajin tulis artikel pasal kes ni sampai banyak part. Ni yang final. Dia cakap last dah. Aku memang baca dia punya artikel dari episod pertama pesawat ni hilang. Tapi aku ada jugak tak puas hati sebab dia perlu sambung artikel lagi sebab aku suka baca. Hahaha. Okay. Ni diaa. Dia mintak share, jadi aku kongsikan lah rumusan semua konspirasi MH370 ni. Aku tak suka nak copy paste buah mulut orang. Jadi aku share link je:
http://dramaraja.blogspot.com/2014/05/mh370-grand-finale.html#
Ingat, pesan aku ni, kita sebagai pembaca janganlah menyoalkan tentang dari mana datangnya sumber-sumber dan maklumat tersebut kerana mereka juga manusia biasa yang ada keluarga yang perlu dilindungi selalu. Allahuakbar. Syukran