Saudara Islamku Berdarah di Bumi Palestin


Assalamualaikum w.b.t --

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak 1435H. This post takde kena mengena langsung dengan BOLA. Persetankan bola. Tak berminat nak tahu. Aku ni anti WORLD CUP. Semua tu menjahanamkan otak manusia yang waras. Okay, mainpoint. Nak kata meriah sangat persiapan raya tahun ni, tak sangat sebab macam yang kita semua tahu, dunia betul-betul terkesan dengan peristiwa Serangan Yahudi/Israel terhadap bumi Gaza, Palestin. Bukan sahaja umat Islam seluruh dunia, malah agama lain juga turut menyelar perbuatan rejim zionis yang menindas rakyat Palestin. Seperti slogan yang sering diwar-warkan ialah ;

" It's not about religion. It's about humanity "

Nak sambut lebaran pun, rasa macam hambar. Sedih bila tengok gambar-gambar yang kawan-kawan aku dok share kat facebook/twitter. Menyayat hati. Bayi yang tak tahu apa-apa pun syahid. Allah!. Hebat sungguh perancangan Tuhan kepada anak-anak tersebut. Raya tahun ni pun aku rasa biasa-biasa je. Tak rasa macam nak havoc-havoc sangat. Cuma persiapan sikit dah setel, yang mana aku dah rancang dekat 3 bulan lepas. Alhamdulillah, hampir 70% siap. Belanja sikit? Entry lain lah okay.

Okay, balik pada kisah sedih tadi, aku tak faham kenapa dan mengapa Israel nak serang Palestin, kanak-kanak pulak tu yang jadi mangsa. Kalau nak serang puak Hamas sekalipun, apa kena mengena dengan bayi yang tak tahu apa-apa tu? Why? Satu gambar yang aku terkesan bila tengok, seorang wanita syahid apabila sedang menikmati hidangan iftar. Allah! Sudu pun masih terletak pada tangan, baru nak suap tu, rejim zionis bedil roket kat rumah wanita tersebut. Ya Allah! Bayangkan kalau perkara macam tu jadi kat kita, kat Malaysia ni, tengah sedap-sedap nak suap roti john, baru nak teguk air tebu, 

Boommmmm!!!!!!!

Kena bedil rumah kita. Ya Allah! Apa kita mampu buat? Kuat kah kita macam rakyat di Palestin tu. Kita kat Malaysia ni, baru nak teguk air ribena, ada kanak-kanak baling mercun, tak pun main meriam, kita dah melenting-lenting. MasyaAllah! Rakyat Malaysia berani main mercun, main meriam, berani sungguh. Sedangkan rakyat Palestin, kanak-kanak Palestin, dengar bunyi dentuman pun dah mengucap dua kalimah syahadah. Bagi dia mungkin ajal dah dekat. Kagum, bangga, teruja. Cuma tu saja perkataan yang aku boleh gambarkan bila sebut tentang kekuatan sebenar rakyat Palestin. Bila tengok para mujahid dan mujahidin di Palestin rasa cemburu pun ada. Allah s.w.t benar-benar bagi rakyat Palestin kekuatan yang luar biasa. Tak perlu senjata, tak perlu bom, tak perlu roket. Cukup sekadar iman yang kental, masih menyebut kalimah, 

" Lailahaillallah, Allahuakbar !! "

Allah sediakan syurga bagi mereka di akhirat kelak. Subhanallah. Beruntungnya Allah bagi mereka kekuatan dan keistimewaan biarpun mereka terpaksa menghembuskan nafas mereka yang terakhir dengan cara yang perit dan pedih. Oleh itu, mari lah bersama-sama berdoa dan bantu apa yang termampu untuk saudara-saudara Islam kita di bumi Gaza, Palestin. InshaAllah. Bukan hanya kerana agama, namun ia merupakan masalah keperimanusiaan. Angka korban yang terdiri daripada kaum mujahid dan mujahidin, tak terlepas juga kanak-kanak yang tidak berdosa, dan wanita-wanita yang lemah, makin meningkat saban hari. Sebagai manusia yang ihsan dan prihatin, hanya mampu berdoa agar bumi Gaza bebas daripada cengkaman rejim zionis Israel laknatullah.

" Wahai saudara-saudara Islamku di Palestin, aku hanya seorang Islam yang tidak kuat seperti kamu di bumi Palestin, aku tak mampu untuk menghunus senjata, bahkan aku juga tidak mampu melemparkan seketul batu pun kearah mereka yang mengasarimu, sesungguhnya kamu sungguh kuat, sungguh hebat, kekuatanmu bukan hanya pada senjata, malah daripada imanmu, daripada batinmu. Ya Allah, sesungguhnya mereka yang syahid di jalan-Mu ya Allah, tempatkan lah mereka di sisi-Mu dan tunjukkanlah kekuasaan-Mu pada mereka yang menyakiti saudara-saudara ku, "

Amin Ya Robbalamin.

#PrayForGaza #FreedomForPalestine #BoikotIsrael #R4BIA #Allahuakbar