Petua Untuk
Merawat Demam Campak atau Pelentung ( Chicken Pox )
Definisi Demam Campak atau Pelentung
-
Chicken
pox atau campak/pelentung adalah sejenis penyakit kulit.
-
berjangkit
-
tempoh
penyakit untuk sembuh sepenuhnya mengambil masa lebih kurang 2 minggu atau
lebih bergantung kepada penjagaan ketika demam
Tanda-tanda mengalami demam campak/pelentung
-
demam
panas atau suhu badan tidak normal
-
sakit
kepala dan lenguh-lenguh seluruh badan
-
tumbuh
bintik-bintik kemerah-merahan pada bahagian badan
-
badan
merasa miang dan gatal
-
timbul
gelembung-gelembung air atau kesan seperti melepuh pada badan
Cara mengubati demam campak/ pelentung
-
Jika
terdapat kesan-kesan seperti yang telah dinyatakan di atas dan telah mendapat
pengesahan doktor bahawa anda menghidap demam campak atau pelentung, minumlah
air kelapa sebanyak yang boleh. Ini kerana air kelapa mampu merawat dan
mengeluarkan penyakit tersebut daripada badan. Namun, sekiranya anda sudah
meminum air kelapa, anda dinasihatkan supaya tidak mengambil sebarang
ubat-ubatan selama tempoh 24 jam bagi memastikan air kelapa tersebut
betul-betul berkesan.
-
mandi
dengan daun sejenis pokok yang dikenali sebagai daun bambu. Cara-cara untuk
menggunakannya ialah rebus daun tersebut di dalam periuk sehingga air mendidih.
Kemudian, air tersebut digunakan untuk mandi.
-
Selepas
gelembung air tersebut telah kering atau sudah pecah, sapukan bedak sejuk
disertakan dengan pucuk daun delima yang telah ditumbuk. Ini bagi
mempercepatkan proses pengeringan bekas campak berkenaan. Sekiranya anda mempunyai
keradangan kulit setelah menggunakan daun delima, anda dinasihatkan supaya
berhenti menggunakan daun delima sebaliknya hanya menggunakan bedak sejuk
sahaja. Ini kerana sesetengah jenis kulit tidak tahan menggunakan daun delima
dan menyebabkan si pemakai merasa gatal.
Pantang semasa demam
-
jangan
makan makanan yang bergoreng dan berminyak
-
jangan
terdedah pada panas dan hujan
-
jangan
menggoreng semasa terdapat pesakit demam campak atau pelentung ada di dalam
rumah
-
jangan
makan kicap dan buah pisang
-
jangan
makan makanan laut atau makanan yang mempunyai lemak
-
mandi
disaat matahari masih belum terbit atau matahari sudah terbenam
-
jangan
makan makanan yang berkacang seperti
soya, kacang bendi dan semua jenis kekacang
-
jangan
menggaru di bahagian tapak gelembung air tersebut dan jangan usik
Akibat jika terlanggar
pantang
-
Bekas
gelembung lambat kering dan lambat baik
-
Parut
kekal dan sukar untuk hilang
Makanan yang terlarang ketika menghidap demam
campak / pelentung
-
Kicap
-
Segala
jenis kekacang
-
Telur
-
Ayam
-
Ikan
yang boleh menyebabkan gatal seperti ikan kembung, ikan pari,
-
Makanan
yang bergoreng atau bertumis / berminyak
-
Makanan
yang mengandungi mentega
Cara pemakanan yang betul ketika demam
-
Ikan
merah dan ikan gelama dijadikan santapan utama untuk orang yang mengalami demam
campak atau pelentung. Ikan tersebut direbus bersama kunyit, bawang merah,
bawang putih, sehelai daun kunyit, asam jawa atau asam keping, garam secukup rasa.
-
Sayur
pula digalakkan makan sayur sawi yang direbus biasa. Pesakit hanya dapat
memakan makanan yang direbus sahaja. Selain sawi, sayur lain juga boleh seperti
kubis, pucuk manis, bayam.
-
Amalkan
pemakanan yang betul bagi memastikan penyakit benar-benar sembuh. Insya-Allah ,
dengan segala maklumat yang saya salurkan, semoga anda menemui jalan kepada
permasalahan anda. Setiap penyakit yang
diberikan Allah S.W.T pasti ada penawarnya dan sakit itu penghapus dosa, sabar
menghadapi dugaan J
No comments:
Post a Comment