Fesyen kasut: Langkah kakimu yang bergaya






Hai bloggers and readers. Hari ni nak buat review tentang fesyen kasut. Wah! sekarang ni macam-macam jenis kasut yang aku jumpa kat stores. Rambang mata aku dibuat nya. last last aku pilih kasut macam ni. First time aku beli kasut wedges tau ._. rasa macam dah dewasa pulak. puii hahaha


Taraaaa!! ._. 
cantik ke? huhuw seksa aku nak pakai. sudahnya aku simpan dalam kotak. kotak yang pakai hahaha puas hati jugak dapat beli. muwahahaha :D
okay jom review fesyen kasut terkini dan sedikit tips untuk korang yang gilerkan sepatu. Yeah!!

KITTEN HEEL


Ciri-ciri kasut ni bertumit pendek. Tumitnya daripada 1.5 cm hingga 2cm dan berbentuk tirus. Tak kiralah tertutup atau pun terbuka, kasut ni sesuai buat mereka yang tidak pandai menggayakan kasut yang terlalu tinggi dan sesuai bagi mereka yang bertubuh gempal.
TIPS
  • Sesuai dipakai ketika menghadiri majlis keramaian dan kasual
  • boleh dipdankan bersama baju kurung dan seluar slack
  • kurang sesuai dipadankan dgn seluar berkaki besar *series hudohh seh

ANKLE STRAPS


Wow! kasut ni seksi kan. ada penyokong dibahagian pergelangan kaki. kasut ni elegan dan buatkan kita nmpak lebih muda. Cantik kasut ni. Jenis kasut macam ni jadi pilihan pada mereka yang sukakan gaya yang lebih berani. 



TIPS

  • Boleh dipadankan dgn baju kurung atau kebaya, seluar dan skirt labuh
  • kasut ni lebih longgar dan selesa sebab ada lilitan dibahagian buku lali
  • sesuai untuk mereka yang mempunyai betis yang agak berisi dan bertubuh gempal

WEDGES



Wahh! cantik kasut jenis macam ni. kasut yang paling digemari wanita. membuatkan si pemakai merasa yakin dan kelihatan ramping *haha saja nak bold, aku lettew !. Kasut ni lebih stabil dan buat mereka yang baru sahaja berjinak-jinak untuk memakai kasut bertumit tinggi, boleh la cuba menggayakannya.

TIPS

  • Sesuai digayakan ke kuliah dan sebarang jenis majlis
  • Pilihlah material yang ringan dan selesa untuk memudahkan pergerakan anda

MARY JANE

Kasut ni bercirikan kasut bertali atau sandal yang bertumit rendah, lebar, tali di atas ruang kaki (tengah) dan bahagian jari kaki bertutup bulat seperti dalam gambar. Ini bukan kasut Black Mentor ehh hahaha

TIPS

  • Sesuai utk mereka yang bertubuh besar dan sesuai dipakai untuk majlis temu duga
  • menjadi pilihan kepada mereka yang lebih berusia dan cukup stabil untuk melangkah

BALLET FLAT



Ha kasut ni femes kann kann . mesti korang suka pakai. hehe :D aku tak suka . HAHA jujur seh aku.macam yang korang tahu, kasut ni sama macam kasut ballet. sebab tu namanya pun BALLET FLAT.

TIPS

  • sesuai dipakai utk bersantai dan berjalan-jalan dalam jangka waktu yang lama.
  • boleh digayakan dengan baju kurung dan seluar skinny jeans. *cantikk sangat!*
  • sesuai bagi yang menggemari gaya ringkas.

PEEP TOES


Mudah nak kenal kasut ni sebab dia ada lubang kecil kat bahagian depan kasut. tidak terlalu formal untuk digayakan. Tinggi rendah pilih je. tetap cantik kalau pakai :)

TIPS

  • Sesuai digayakan untuk ke kuliah yang bertumit rendah
  • sesuai ke majlis-majlis formal bagi yang tumit bersederhana tinggi
  • sesuai ke majlis makan malam bagi yang bertumit 4cm
  • boleh digayakan dengan padanan baju atau seluar

MULES



Kasut ni berasal dari Perancis. Hoho kebanyakan pengantin yang suka pakai kasut macam ni.Okayy -.- aku tak suka kasut ni hahahaa :D jujur sekali lagi ehemm

TIPS

  • Kelihatan lebih santai dan sederhana
  • untuk yang bertapak rata, sesuai dipakai ketika keluar bersiar-siar atau window shopping :)
  • pilihan wanita yang dipertegahan usia *pstt ! orang yang kawin tu ? HAHA

PUMPS


Kasut ni berbeza sikit dengan yang lain walaupun design dia lebih kurang sama. Err tinggi pun lain-lain dan ciri-cirinya bertutup di bahagian hadapan dan belakang kasut. Lebih formal. Hihi :D *lecturer aku suka pakai kasut ni*

TIPS

  • Sesuai untuk sesi temuduga jika bertumit dan kelihatan lebih femini jika dipakai dengan baju kurung
  • dapat melindungi sepadang kaki anda daripada terbakar dek terkena cahaya panas matahari

PLATFORM SHOES


Wowwww !! cantik nyewwwwwwwwww KAKI !! hahahahaseries cantik kasut ni, color pun striking je. sinonim kasut ni tapak yang tebal dibahagian depan dan tinggi. Ketinggian boleh mencapai lebih dari 4cm. *macam kasut Lady GaGa laaa Wujud sejak dari zaman kuno lagi.

TIPS

  • tidak sesuai dijadikan kasut harian keculi sandal bertapak tebal dan stabil digayakan dengan sepasang kaki yang cun HAHA :D
  • lebih sesuai digayakan dengan jeans, blaus singkat, dan skirt.

WINKLEPICKERS




Wahh !! otai seh kasut ni. haha kasut jenis ni kelihatan rock dan brutal. Buat mereka yang lasak, mungkin kasut ni sesuai untuk anda. 

TIPS

  • Sesuai digayakan dengan jeans dan terdapat dalam pelbagai warna dan material


Wahhh !! dah tengok kan macam jenis kasut ada. So korang tunggu apa lagi, pegi godekk almari kasut korang tuhh , pi berkenalan dgn kasut korang keyhh . aku dah share dah hahaha k la boiii !! nak try and error pakai kasut muwehehhe .____. adios



2 comments:

Unknown said...

fye pon minat gle gn kasut2 tme stdy dlu ler..
plessing je lebih g kolej
now da keje duk office seliper flipper je r yg ade
hehehe

Unknown said...

haha yeke . norm sendri pun akui yang dah makin minat pada wedges and high heels. Rawrrrrrr !! rasa macam tak percaya haha