Salahkah kami meminati muzik genre Kpop?








Tengok tajuk macam hot saja kan. Tapi tak lah hot mana pun. Just cerita pasal genre muzik yang terhangat di era globalisasi kini. Apa lagi kalau bukan Kpop. Korea. Super Junior. Bigbang :) Anda suka? Anda peminat tegar? Anda obses? Memang dah jadi kemestian untuk setiap gadis-gadis Asia kini meminati genre muzik kpop. Aku pun minat sebenarnya. Tapi ada sesetengah pihak yang sangat tak mendokong dan memandang isu ni sebagai satu trend muzik yang mengancam genre muzik tempatan. Apa ni? Salah ke kalau kami meminati muzik bergenre kan kpop ni? For me, I doesn't matter at all. Aku still lagi meminati lagu-lagu tempatan. Still lagi kenal Najwa Latif. Ainan Tasneem. Menyanjungi karya seniman agung kita, P. Ramlee. Tapi kat mana salah kami yang meminati genre muzik seperti ini? Baru-baru ni ramai artis tempatan yang merasakan bahawa artis antarabangsa terutamanya artis dari Korea Selatan membawa kesan yang buruk pada mereka. Kenapa sampai jadi macam ni? Bukan kah sepatutnya sesama artis yang cari makan dengan menghiburkan peminat saling berkerjasama dan bersaing meningkat kualiti dan kuantiti hasil muzik masing-masing? Bukan menghentam peminat mahupun artis tersebut sendiri. Bagi aku, artis dari seberang mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Mereka siap ada pakej. Itu kira beruntung. Artis sepatutnya berusahalah menarik perhatian peminat dengan hasil karya mereka sendiri. Berdiri di landasan seni tanah air sebagai penghibur bukan berdiri teguh dengan gosip-gosip liar yang mencari publisiti murahan tanpa menonjolkan bakat. Kalau nak dibandingkan dengan artis luar negara, mereka berkerja keras bersaing sesama sendiri walaupun mereka belum tahu usaha mereka tu berbaloi atau pun tidak. Semuanya mementingkan usaha dan kerjasama. Ini kalau persatuan tu, persatuan ni duduk berbincang, buat press conference semata-mata nak mengadu, nak complain yang industri muzik tempatan dicemari oleh demam Kpop, baik tak payah jadi artis. Sama-samalah cari makan. Bak kata pepatah, untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Kadang-kadang aku pun rasa muzik luar ada juga bagusnya tapi tak lah semua. Even kita tak faham, tapi kita boleh tahu apa yang mereka nak sampaikan. Muzik tak membataskan sesiapa untuk meminatinya. So bebas memilih asalkan pilihan yang kita buat tak lah memudaratkan. Sedih bila ada orang caci maki artis luar negara yang datang buat show kat negara kita. Bagi sokongan pada peminat-peminat walaupun sanggup datang dari jauh. Jadikan sebagai contoh. Bukan aku nak cakap artis tempatan tu tak bagus, cuma kadang-kadang kita tak boleh lah nak judge diri sendiri saja. Kena terima pendapat orang lain. Baru-baru ni aku dapat tahu satu cerita dimana yang artis tempatan memaki hamun artis luar negara yang masuk ke tandas dengan tempoh yang sangat lama. Mana adab kita sebagai orang melayu? Nasib baik artis tu tak faham, keluar dari tandas, siap senyum, mintak maaf lagi. Kalau la kita belajar bersabar. Adab tu, kena jaga. Satu je yang aku salute kat artis korea ni, diorang sangat polite. Sangat sopan. Memang budaya adab mereka macam tu, dididik dari kecil. Bukan nak memuji, memang kenyataan. Cubalah anda semua bercakap dengan pelancong dari korea ke, atau anda pergi melancong ke Korea. Baru tahu macam mana rasanya. Pelik aku. Kalau anda rasa artis korea itu cantik tampan, itu semua pakej sahaja. Yang penting, kualiti mutu hasil kerja mereka. That is the main point. Fikir-fikirkanlah. Jangan nak judge orang je, lain kali ukur kat badan sendiri dulu. Kalau ada sesiapa yang baca post ni rasa tak puas hati, silakan komen. Aku openminded :D

*aku cuma pendengar dan peminat, tak salah seseorang artis itu mempunyai peminat kan? Dunia seni mana yang perlukan artis tanpa peminat? Kalau takde peminat bukan artis namanya, itu namanya "RETIS"


 Junhyung 

Lain pulak macam kisah yang diceritakan oleh mamat sorang ni. 
Nak baca apa pulak kisah dia?

http://theotherkhairul.blogspot.com/2011/04/kepada-gadis-gadis-yang-minat-kpop.html


4 comments:

Anonymous said...

tak salah kalau nak minat :) tak da salah pon. yang salah bila minat sangat2. fanatic giler. masalah tu :)

*hye .

Unknown said...

betul. minat sekadar untuk halwa telinga :) hye juge

Diniey Mazarieyna said...

setuju sangat2. muzik adalah untuk kita share..bersama2

Unknown said...

betul . tak boleh nak dengki-dengki kan :)