Takut nak kahwin? Kenapa?


Assalamualaikum wbt--

Bila cakap pasal kahwin semua rasa teruja, betul tak? Bohong la bagi kaum perempuan macam aku tak teruja bila cakap pasal kahwin. Semua orang nak kahwin. Mana ada orang yang taknak kahwin, betul? Bila nak kahwin, mesti la ada pasangan, betul? Erm, cakap pasal pasangan ni, aku jadi nervous sebab si dia katanya dah ready nak berumah tangga sedangkan aku dengan dia muda lagi. Umur kami baru 21/22 tahun. Jadi, aku tak pasti betul ke dia dah ready nak lalui alam perkahwinan. Aku pernah tanya dia tapi dia yakin boleh nak kahwin muda.

Bagi aku, bukannya aku tak sedia, cuma setiap kali aku cuba yakinkan diri aku ni, makin banyak pulak keraguan, ragu sebab takut nak kahwin. Takut dah kahwin nanti macam-macam dugaan datang. Bayangkan lah orang yang dah kahwin berpuluh puluh tahun pun boleh jadi macam-macam dalam bahtera perkahwinan. Umur aku baru 21 tahun, even aku muda, tapi banyak juga la pengalaman hidup orang lain yang aku dapat tengok dengan mata kepala aku sendiri. Macam-macam jenis perkahwinan. Daripada perkahwinan yang utuh awalnya, akhirnya goyah juga. Daripada perkahwinan yang dimulakan dengan perkenalan yang singkat, akhirnya runtuh juga. Kata orang, bahagia datang selepas kahwin. Dah tu, macam mana pula dengan kes-kes berikut ni yang aku pernah tengok sendiri?

Kes pertama:

Suami seorang lelaki yang tegas pendirian. Isteri seorang yang lemah lembut namun mempunyai angin khusus. Kalau dah marah, memang naik hantu. Suami bukan jenis yang suka pandang perempuan lain tetapi suami seorang yang cepat menilai perempuan. Cukup pada luaran sahaja. Itulah yang diperkatakan oleh si isteri. Namun, suami suka menolong orang lain. Dalam erti kata lainnya, masih boleh diharap buat kerja tetapi bukan kerja rumah. Suami sangat tegas dalam menentukan tugas seorang lelaki bernama suami. Baginya, memasak, membasuh, menjaga anak bukan lah tugas suami walhal tugas seorang isteri. Jadi, isteri agak terbeban dengan semua tugas tersebut. Isteri juga seorang yang berkerjaya, nak pulak balik kerja kena uruskan soal anak-anak, soal rumahtangga. Memang penat, tengok saja dari riak wajah isteri pun boleh tahu. Perkahwinan mereka berlandaskan atas suka sama suka dan daripada perkenalan yang singkat.

Kes kedua:

Suami seorang lelaki yang pendiam tetapi panas baran. Jika ada yang tak kena mengenai apa sahaja keadaan sekeliling, pasti isteri yang terkena tempias. Namun suami masih lagi boleh diharap dan masih menjalankan tugas sebagai seorang suami dan seorang ayah. Jika suami tak suka, isteri memang tak boleh paksa. Kadang-kadang kasihan melihat isteri, namun akibat sayang, tabahkan saja. Bahtera yang diikat dengan ijab qabul ini berlandaskan rasa cinta dan perkenalan yang sekian lama terjalin. Mungkin akibat terlalu lama berkenalan dan bercinta, mereka seolah olah telah tahu isi hati perut pasangan masing-masing. Akibatnya, isteri sering mengalah.

Kes ketiga:

Suami seorang lelaki yang kuat pegangan agama. Sangat sayangkan isteri dan anak-anaknya. Perkahwinan yang terjalin lamanya, dengan bibit-bibit cinta. Ianya perkahwinan diusia muda. Suami sangat rajin bekerja, sangat prihatin terhadap isteri. Namun, semua berubah apabila suami didatangi seorang wanita yang kesepian barangkali, mereka rakan sekerja, rapat. Sering ke seminar bersama-sama namun isteri tak pernah menyoalkan tentang soal kerjaya suami. Namun, hingga tiba suatu masa, isteri mendapati suami sering marah-marah. Tak lagi seromantik dulu. Sering bercakap kasar dengan anak-anak. Sering abaikan solat. Akibat perubahan suami, isteri nekad untuk siasat apa yang berlaku. Selepas beberapa siasatan dilakukan, ternyata suaminya curang dibelakangnya bersama wanita tersebut. Hampir runtuh masjid mereka, namun setelah disoal siasat, ternyata suami telah diberi makan benda-benda kotor oleh wanita tersebut. Wajarlah suami berubah hati, berubah watak. Hanya kerana sihir. Tapi alhamdulillah, dengan izin Allah, semuanya kembali sedia kala selepas berubat.

Kes keempat:

Suami seorang lelaki yang agak tegas tetapi terlalu menurut kehendak isteri. Isteri segalanya. Ibu bapa suami sering diabaikan. Perkahwinan yang dimulakan dengan rasa cinta dan sayang. Ianya bermula dengan perkahwinan pada usia muda. Isteri terlalu mengharapkan suami untuk melakukan segalanya sehingga suatu saat ahli keluarga merasakan kuasa suami telah hilang. Pernah juga suami terperangkap dengan kasih sayang insan lain, tetapi isteri lebih cepat mengetahui perkara itu. Maka, suami masih tetap bersama isteri. Takut mungkin.


Kes kelima:

Satu perkahwinan yang singkat. Berlandaskan atas dasar kenalan yang sementara. Namun, oleh kerana pihak keluarga telah mengenali satu sama lain, mereka di ijab qabul dengan tiada rasa cinta. Suami seorang yang agak lurus dan merupakan kesayangan keluarga. Anak emas lah katakan. Isteri mempunya angin kus-kus atau panas baran. Namun masih ada lembutnya juga jika suami berjaya membentuk akhlak isteri dengan sempurna tanpa campur tangan insan lain. Isteri terlalu bebas bergaul mengakibatkan suami kurang percaya pada isteri. Disebabkan percampuran orang ketiga dan keempat dan kelima dalam perkahwinan mereka, bahtera tu dapat bertahan sekejap saja. Isteri pula tidak berusaha menyakinkan suami bahawa perkahwinan tersebut boleh diselamatkan lagi namun akibat tiada usaha kedua belah pihak, perkahwinan gagal.

Kes keenam:

Suami seorang yang berkerja keras. Mempunyai isteri yang sangat cantik. Pandai memasak. Rajin mengemas. Hormat orang tua. Segalanya cukup bagi seorang wanita. Dikurniakan cahaya mata yang ramai. Semuanya hampir sempurna. Namun, hanya dengan alasan bosan dengan isteri yang kurang bagi layanan kepada suami (pada pemikiran suami isteri kurang memuaskan selera barangkali), suami sanggup menipu dan selingkuh dengan wanita lain dibelakang isteri.

Kes ketujuh:

Wanita yang bergelar isteri yang terlalu sibuk dengan kerjaya hingga tanggungjawab terhadap suami dan anak terabai. Pulang lewat malam tanpa menghiraukan teguran suami. Suami terlalu emosi hingga menyebabkan rumahtangga meraka goyah apabila datang seorang wanita yang sanggup bermadu kasih demi menjaga kebajikan suami dan anak tersebut.

Kes kelapan:

Suami yang sememangnya jenis miang. Oleh kerana asetnya yang berharga, lebih mudah bagi suami untuk memikat dan suka melayan perempuan lain. Dah ada isteri berlagak bagai bujang. Baru dikurniakan cahaya mata pertama, sudah pandai main kayu gila dengan 'Janda Berhias'. Yang menghairankan, wanita JB tersebut tahu lelaki itu suami orang.

**********

Dan banyak lagi lah kes-kes lain. Cukup lah sekadar tengok berita kat televisyen, surat khabar, internet, macam-macam. Tak payah tengok pun, mungkin korang ada alami kes-kes macam ni. Mungkin seakan-akan. Bila baca, tengok kes macam ni, takut. Kes yang aku cerita kan ni tak lah seteruk kes lain yang dilaporkan dalam media massa. Kalau dapat pasangan yang kaki pukul, kaki judi, kaki mabuk, kaki perempuan, susah lah hidup ni. Sebab kan tu la aku jadi fikir panjang nak berumahtangga. Ada kes lain pulak, belum jadi laki bini, dah pandai dah angkat tangan kat muka, bagi kaki, apa ni

Dalam kes macam ni aku tak pernah beratkan sebelah, sebab kes-kes ni semuanya seimbang. Ada isteri yang macam ni. Ada suami yang macam ni. Ada pula orang ketiga, keempat, kelima, ke seribu. Warna warni alam perkahwinan. Memang semua ni wajar akan tetapi perlu bijak nak tangani semua masalah. Aku taknak komen lebih-lebih sebab aku sendiri pun belum kahwin sebab tu aku cuba nak kongsikan pengalaman hidup orang lain yang aku tahu.

Bersediakah aku nak hadapi semua ni? Kalau aku dan pasangan aku berjaya harungi semua permasalahan rumahtangga yang aku ceritakan kat atas ni, masih ada lagi masalah lain. Contoh la, mak mentua tak suka ke, ada perempuan/lelaki lain suka kat pasangan kita ke, ada orang dengki dengan kebahagian kita ke, mana lah kita tau. Yang kuat pegangan agama pun luluh bila dekat dengan wanita/lelaki lain, inikan pula iman pasangan kita yang belum tentu kuat. Ada la terbaca dalam surat khabar, peratusan kes penceraian adalah berpunca daripada pasangan yang tidak mendirikan solat. MasyaAllah. Semoga Allah tetapkan lah hati aku dan pasangan aku ni supaya sentiasa dijalan yang benar dan lurus.

Kat sini, aku rasa kan paling berguna sekali untuk elak kes penceraian berlaku dengan lebih kerap, kursus kahwin, ha yang korang suka sangat pergi tu, elok diteruskan even dah kahwin berpuluh tahun sekali pun. Ini sebagai langkah peringatan kepada bakal suami isteri dan pada suami isteri yang dah lama kahwin, tambah lagi yang dah hangat-hangat tahi ayam. Eloknya dalam kursus kahwin tu kena perli-perli sikit atau imbas kembali pengorbanan pasangan masing-masing. Barulah mereka saling menghargai satu sama lain. Ni tak, dengan perangai tak reti nak hormat orang lain apatah lagi dengan pasangan sendiri, kaki tangan naik, melenting, marah-marah lah. Elok sangat lah tu. Disebabkan semua nilah, aku takut nak kahwin. Seriously.

Ada pesanan ikhlas sikit, kepada semua yang nak kahwin tu, hati-hatilah cari pasangan. Pada isteri-isteri yang dah ada suami dan anak, silalah jaga suami dan anak anda ok. Jangan disebabkan awak abaikan suami, suami awak kena kebas atau suami awak cari lain. Pada lelaki-lelaki bujang, jangan nak enjoy je. Sedap je yang korang cari. Pada lelaki yang dah kahwin, jangan sibuk cari perempuan lain. Jaga anak bini kat rumah elok-elok. Pada betina yang suka kacau suami orang, please la cari la lelaki lain. Jangan kacau rumahtangga orang. Begitu juga pada jantan yang juga suka kacau isteri orang, cari lah perempuan lain.

Yang penting, solat. Ingat Allah. Tegak tiang agama baru tegak kan benda benda lain --

Kbai.