Review Produk Pelancongan: Syurga Makanan di Kuala Pilah


Ok. Donut tu aku lukis pakai excel. Caya tak? Hihi

Harini aku nak review produk pelancongan pulak. Idea ni tercetus semalam masa tengah makan. Aku memang suka makan. Kerja aku makan saja. Badan pun dah naik tembun.Sebelum ni aku duduk di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Maklum la, masa belajar dekat UiTM Beting sana susah nak dapat makan. Tapi bila dah keluar ke pekan Melang dengan pekan Kuala Pilah, memang tak ingat dunia. Asyik fikir nak isi perut je. Aku tak ada gambar kenangan kecuali doodles gambar makanan. Uuuuiiii. Yummehhh. Meleleh ayaqlioq. Selamat menjamu bijik mata. Hikhik.

  • Ayam/Itik/Daging Salai
Memang popular makanan ni. Aku paling suka daging salai masak lemak dengan pucuk paku. Huh. Mengancam. Kalau dari Seremban nak ke Kuala Pilah, memang banyak jual tepi jalan. Buka tingkap, cuba hidu. Perh. Cicorr ayor lior kome.


Alahaii, aku tak reti lukis ayam. Jadi gomok pulak. Aku pun kompius, ayam ke itik ni?


  • Ikan Sembilang Masak Sambal Hijau Kering
MasyaAllah! Sedapp ni. Kalau aku pergi makan kat kafe kampus Melang, memang ni la lauk yang aku rembat dulu. Kalau kat kampus Beting, lauk ni selalu ada kat gerai Kak Long. Huh, sambal kering tu sedapp wok. Try makan kalau ada peluang. Orang Negeri Sembilan memang suka makan ikan sembilang. Macam ikan keli.

Alahaiii sedihnya tengok ikan ni. Ada rupa ikan ke?? Yang pusing2 tu acah2 bawang kononnya. Hee


  • Aiskrim Potong dan Keropok Lekor Econsave (Pasar Malam)
Menu sepesiall ini hanya terdapat di pasar malam depan Econsave setiap malam jumaat. Tak pernah miss masa duduk kampus Melang sebab dekat kan. Jalan kaki saja. Heee. Menu lain ada jugak macam nasi tomato, jagung bakar, ayam bob, macam-macam lagi. Melelehhhhhh. Syurga makanan aku setiap malam jumaat ok.


Sedappppppppppppp nye!! Huh aiskrim tu kaler biru sebab perisa coral blue/pepsi


  • Nasi Goreng Kampung Tasneem dan Mirul
Perh. Cakap pasal nasi goreng kan, dalam macam-macam jenis nasi goreng yang ada, aku paling suka makan nasi goreng kampung. Nak lagi dari kedai Tasneem dan Mirul. Dua-dua dekat pekan Melang. Memang port lepak, port dating, port mencekik aku masa duduk kampus Melang. Dekat je, jalan kaki. Dengan nasi panas dia, ikan bilis goreng rangup warna keemasan, telur mata kerbau, timun, sambal belacan dengan sup. Hanya RM4.50. Berbaloi. Kalau dah makan, nak balik seret perut. Hahaha.

Meleleh aku tengok telur mata kerbau tu. Hahaha


  • Tomyam Campur Berapi Tasneem
Memang tak ada lagi kedai yang boleh challenge tomyam Tasneem kat pekan Melang tu. Memang terbaik. Superb. Aku kalau makan, kena standby tisu, sebab nanti mesti duk shrottttttt-shrotttttt. Pedas, panas dan meleleh. Semangkuk pun dah cukup buat anda terangkat.

Ok. Teringinnnnnnnnnnnn. Waaaaaaaaaaaa!!


Jadi, buat semua adik-adik akak-akak abang-abang yang nak ke Kuala Pilah sebab dapat tawaran belajar dekat UiTM Negeri Sembilan Kampus Melang, memang bertuah, sebab senang nak dapat makanan semua ni. Tapi siapa yang dapat Kampus Beting,

kesian. Tsk tsk.

Kbai.

2 comments:

Miss Yana said...

Amboi, nama makanan artis gitu ko..

Miss Yana said...

Amboi, nme makanan artis tasneem, kerlas ko jah..hehe