Misteri: Siapa pula yang 'panjang tangan' ni?


Assalamualaikum. Sebagai pembuka kata, minta sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Ahmad Hafiz Aziri, adik kepada sahabat baik aku yang telh kembali ke rahmatullah pada Ahad, 31 Ogos 2014 akibat kemalangan jalanraya. Aku sedih sangat sebab arwah sebaya dengan adik aku yang bongsu, baru umur 16 tahun. Aku tak boleh bayangkan kalau aku ada kat tempat sahabat baik aku tu. Kehilangan ahli keluarga tambah lagi adik lelaki aku satu-satunya. Aku anggap arwah macam adik aku sendiri. Semoga arwah tenang di alam sana. Amin.

Berbalik pada tajuk, aku sebenarnya tak berapa sihat sejak dalam tempoh seminggu ni, jadi jarang update blog. So terima kasih sangat-sangat-sangat pada yang blogwalking, ada masa aku nak jugak jalan-jalan intai-intai blog orang. Sekarang ni pun gigihkan jugak nak post entry walaupun keadaan kesihatan tak mengizinkan aku nak menghadap komputer sebab ada satu cerita yang aku tak boleh dah nak dibendung. Bak kata aku sendiri, macam takung air dalam daun keladi, tak boleh takung dah, asyik ke kiri ke kanan, akhirnya tumpah jugak.



Dua hari lepas, masa cuti hari merdeka, kakak aku (no 3) yang tinggal di Ipoh balik ke kampung, menghabiskan cuti kat rumah dengan anak-anak. Lagipun abang ipar sibuk nak buat wyring untuk rumah aku. Sehari sebelum dia balik ke Ipoh, dia mengadu yang dia hilang duit sebanyak RM100 (RM50 x 2 keping). Duit tu disimpan di dua tempat yang berasingan, tapi dua keping tu hilang tiba-tiba. Disebabkan kes hilang duit ni la, aku mula curiga.

Siapa pula yang 'panjang tangan' ni?

Berdasarkan rekod aduan yang lain, kakak aku (no 6) pernah hilang duit banyak kali. Hampir setiap kali dia balik ke rumah, mesti duit RM50 sekeping lesap. Boleh dikatakan dah beratus la hilang. Sekali hilang sekeping-sekeping. Yang hairan nya, setiap kali simpan kat tempat yang berlainan, dicelah-celah, terselit-selit, pun 'pencuri' tu boleh tahu.

Rekod kedua yang diterima, beberapa bulan lepas, mak aku pun ada mengadu hilang duit kutu RM50 sekeping. Baru-baru ni, 3 hari lepas, sekali lagi mak aku mengadu hilang duit tetapi bukan RM50, tapi RM40 sebab dalam dompet mak aku memang cuma ada RM40 je.

Rekod ketiga, kakak aku (no 5) pun ada hilang duit tapi tak diketahui lah jumlah nya berapa. Cuma sekali tu je la. Agak nya dia simpan dalam bank dah kot. Huhu keselamatan.

Rekod ke-empat, mesti la aku. Pernah hilang RM50 sekeping, aku selit-selit pun 'dia' boleh bau la. Mata duitan betul. Sejak kes hilang duit tu, aku tak pernah simpan duit banyak-banyak dalam purse atau beg tangan. Simpan kat tempat yang lebih strategik je la ehehehehehehehe

Makin menjadi-jadi kes hilang duit yang misteri. Sampai sekarang duit RM50 kami sekeluarga tak pernah selamat. Ada saja yang hilang. Dalam sebulan mesti ada 1-2 kes yang dilaporkan. Ah, aku ni macam kaunter polis bergerak pula. Ayah aku memang tak simpan duit banyak sebab ayah aku bukan jenis yang boros. Kalau ada pun, dia simpan duit untuk nge-teh atau ngopi jela. Faktanya, kalau dalam dompet tu kita simpan RM10,000 sekalipun, 'dia' takkan ambik lebih dari RM100 (2 keping RM50). Dah pernah buat eksperimen dah. Tak ambik pula. Ermm. Misteri kan?

Korang rasakan yang ambik ni orang biasa ke 'orang luar biasa' ?

Seram. Tetiba goosebump. Kbai.

2 comments:

Siti Rahmah Mohd Redzuan said...

singgah sini

awk telah di tag http://insan-kecil.blogspot.com/2014/09/the-versatile-blogger-award.html

Badhri Radzi said...

toyol kowt ?? toyol kepala itammm

Jawatan Kosong