Perbezaan ketara antara sekolah dan IPTA ;
- Cara pemakaian (uniform or etc)
- Teknik pembelajaran ( notes by spoonfeed or etc)
- Kedatangan
- Lokasi pembelajaran
- Kawalan keselamatan dan disiplin
Okay, aku tahu kebanyakan institut menggunakan sistem yang berbeza. Otherwise aku cuma nak berkongsi sistem UiTM macam mana, kot-kot la nanti ada yang dapat tawaran belajar kat universiti. Hewhew.
Kalau bab cara pemakaian, dekat sekolah kita pakai uniform kan. Baju putih kain biru, baju kuning, kain coklat, dan bermacam-macam warna lagi *dah macam pelangi kat sekolah tu* kat ipta, cara pemakaian memang dah ditetapkan, siapa ada panduan lagi. Tapi, kebanyakan student kat sini buat kampus ni macam kampus diorang. Dalam buku panduan tu, dah terang-terang tulis tak boleh pakai tu, tak boleh buat ni, TAPI biasalah manusia ni semakin dilarang semakin suka nak buat ek. Tsk tsk.
Teknik pembelajaran pun berbeza. Kat sekolah spoonfeed je. Kalau kat ipt, memang tak ar. Kau rayu, bagi gula-gula, belanja kepci pun belum tentu dapat kan *aku selalu buat* tapi depends pada lecturers sebenarnya Hee Hee
Kedatangan. Haa kat sekolah senang tak nak ponteng? Susahkan. Kena lari sana. Lari sini , panjat pagar lagi. Lepas tu kena tangkap kan kan kan? kat ipt, kau nak lari ke mana pun larilah. Takda siapa nak kejar kau dah. Dah tak larat dah nak kejar. Pak guard pun buat donnoo je kalau nampak kau. Bukan kau seorang je yang dia nak jaga, ramai lagi. TAPI kedatangan tanpa sebab lebih dari 3 kali, kena BAR dari menduduki peperiksaan. Ekekeke tak boleh ambik exam lah untuk current semester. Takda sapalah nak marah hang kalau hang malas pergi kelas. Tapi itulah akibatnya.
Lokasi pembelajaran. Di sekolah, kalau kau duduk kat satu tempat dalam kelas tu, nahh! sepanjang tahun tu jugak lah kau akan duduk kat situ. Sampai boleh tumbuh jagung kat situ. Hahahaha. Bosankan. Kelas pun kat situ je. Tak bergerak ke mana-mana. Ipt , sentiasa tukar kelas dalam seminggu tu. Bukan nya tetap, kalau ada pun jarang. Kadang-kadang, pagi kelas kat tingkat 6, tengahari kelas kat tingkat 4, kadang-kadang takda kelas langsung. Hahahaha *tumbuh tanduk sepuluh inci*
Kalau bab kawalan keselamatan pulak, alhamdulillah terkawal rapi. Tapi kat sekolah jarang noo nampak pak guard meronda kan kan? Habis kurang pun mawas-mawas *pengawas* yang berkeliaran nak catit nama student yang buat onarr. *wanted !*kat ipt, pak guard pun dah pakai uniform polis. Opss ! bukan pak guard, tapi polis bantuan. Haa takut polis sentiasa ada disekeliling kitaorang . Disiplin? Taknak lah citer. panjang sangat al-kisahnya. tapi siapa yang tak mematuhi peraturan , kena saman onthespot jugak ! Saman !!! Tak suka. Melayang lahhh RM50 aku . Minimum 50 inggit ea.
Persamaan
- Jadual still ada.
- Elaun makan pun ada.
- Kemudahan asrama atau kolej *tapi takde warden huhuy*
- Peraturan kolej
- aktiviti koku
- kenderaan *still boleh bawak kenderaan sendiri. Tapi janganlah bawak helikopter*
Bagi aku, kehidupan sekolah dengan IPT ni tak jauh beza. Bagi aku la.
*angkat kening, peluk tubuh*
- Bangun pagi, mandi.
- Pergi kelas/sekolah
- Masuk kelas
- Rehat/gap makan
- Balik rumah/kolej
- tengok movie/tengok tv/online
- tidur
- mandi , makan.
- buat homework/assignment
- online/ melepak kedai minum
- tidur
*bosankan kehidupan aku. Nothing fun here* Err aku memang membosankan tapi aku suka gelak sorang-sorang HAHAHAHA abaikan*
So kalau ada peluang untuk belajar kat ipta, take your chance. Find something fun in your life as a student
Okay, xoxo, bye.
No comments:
Post a Comment