Tips kurangkan 'period pain' atau senggugut




Assalamualaikum semua. Sekian lama tak post sebarang feed, akhirnya harini dapat cari jalan nak aktifkan balik blog kesayangan saya.

Harini nak berkongsi tentang,

Tips untuk kurangkan period pain/senggugut.

Ramai yang selalu alami period pain kan? Tapi tak semua perempuan berpeluang (what?) nak merasai period pain ni. Ada sesetengah kaum wanita hanya merasa senggugut ni ketika bujang. Selepas berkahwin dan melahirkan anak, rasa sakit ketika datang bulan tak seteruk sebelum berkahwin. Hm harini saya cuma nak kongsi tips untuk kurangkan rasa sakit sebab saya antara wanita *ehehhh* yang selalu menderitaaa apabila diserang datang bulan. Ohhh.

Pemakanan

Ladies, pemakanan kena jaga apabila datang bulan. Bukan main taram je seperti apa yang kita selalu makan sebelum period. Seperti yang kita tahu, dinding rahim kita dan telur yang dihasilkan dari kilang telur (ovari) akan luput bila cukup *28 hari. Okay taknak ajar cara kira hari sebab mesti anda semua tahu kan?

Antara makanan yang dilarang untuk makan sepanjang datang bulan:

  • ♡ Ais batu
  • ♡ Air sejuk
  • ♡ Air bikarbonat/Air bergas
  • ♡ Timun
  • ♡ Buah nanas
Jangan makan kalau taknak rasa sakit yang melampau okay.

Keadaan sekeliling

Bila datang bulan, suasana sejuk tu paling pantang. Jadi elakkan berada di tempat yang bersuhu rendah sebab boleh memberikan kesan pada suhu badan. Nanti lagi rasa menusuk-nusuk dalam badan. Jadi kalau kerja dalam kawasan berhawa dingin, nasib anda la okay? Hehe.

Bertungku/Tuam

Kalau boleh, tuam tempat yang terasa sakit contoh dekat belakang badan (area pinggang). Kalau takde tuam atau tungku, isi air panas atau suam dalam botol air, lepas tu tuam dekat area rahim dan belakang badan. Mesti rasa lega.

Baring

Dah sakit period pain ni mesti terasa nak baring je sebab sakit pinggang kan? Tips untuk kurangkan sakit, baring secara menonggeng dengan bantal diselit dibahagian perut atau rahim. InsyaAllah kurang sakitnya.

Minyak panas/balm

Boleh sapukan minyak urut/balm sapu yang panas dekat area rahim bagi melegakan sakit. Kalau ada mustajab panas tu, lagi bagus. Sapu dekat perut. Perut kempis sekaligus sakit pun kurang. Hehe.
Ni sajalah tips yang saya selalu buat bila datang bulan. Memang mujarab dan aliran tu senang cepat tak sakit sangat. Yang menyebabkan sakit tu adalah darah yang bergumpal kat dalam rahim, jadi bila amalkan tips ni darah tu senang keluar. Jadi tak sakit sangat.

Okay tu sahaja.Jumpa lagi next entry okay?  With much of love 

No comments: