Assalamualaikum , hai semua .
Dah lama tak buat entry baru kan . Haha berhabuk jugak lah blog kesayangan aku nie . Eyy eee . Ehehe , badan kita tak berapa nak sihat la hari ini , sebab kena hujan waktu nak pergi kelas petang tadi . Aiyakk , tak mao demam . Hope tak demam lah . Tak sanggup rasanya . Memang sejak akhir² ni tak sedap badan la , tak tahu kenapa .
Mybe sakit lama nak datang balik agaknya . Adess , dengan test melambak² lepas naik cuti nie , haa dah tak boleh nak post entry sgt . Nie pun curik² peluang sebab kuiz dgn test cancel esok . Ahakkss . Syokk meh . Ehehehe :DD
Lagi satu mybe kurang rehat . Mana tak nya , sibuk dengan mcm²hal . Cuti hari tu pun dah tak semacam cuti . Sabtu ahad sekarang sibuk dengan
♥ Kelas Gamelan ♥ ehek²
Korang tau tak gamelan tu ape ? Err tahu caklempong tak . Ha lebih kurang aje tuh ,
tahu sikit² jew ekk . takpe .
Nie kita nak kasi tahu kat awak apa itu Gamelan .
#haa ini satu set alat muzik gamelan , yang depan sekali tu nama nya bonang .
Gamelan berasal dari Jawa Barat . Ia merupakan satu seni muzik yang dimainkan di negara seberang . Muzik ini popular dikalangan diraja . Muzik gamelan hanya dimainkan di istana² pada masa dahulu . Gamelan berasal dari perkataan "gamel" yang bermaksud pukul . Muzik gamelan memerlukan teknik pukulan yang betul agar menghasilkan bunyi yang sangat halus dan berseni .
Gamelan di Malaysia mula bertapak di Riau Lingga di Johor dan kemudian ke Pahang seterusnya ke Terengganu . Gamelan yang mula berkembang di Pahang pada tahun 1800 .
Sultan Terengganu yang pertama Sultan Zainal Abidin 1 (memerintah dalam tahun 1726-1734) ialah keturunan Bendahara Johor Paduka Raja Tun Habib Abdul Majid. Bendahara Johor yang ke 19 mangkat dlm tahun 1696 dan saudaranya yang tua Tun Sulung kemudian nya diangkat menjadi Sultan Johor bergelar Sultan Abdul Jalil bergelar Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah diangkat menjadi Raja dalam pemerintahan Bendahara mulai Bendahara Tun Tahir dari Johor hingga kepada Wan Ahmad yang kemudiannya mengangkat dirinya menjadi Sultan Pahang memerintah 1863-1914.
Dua puteri Sultan Ahmad telah berkahwin dengan dua orang Raja Terengganu iaitu Sultan Zainal Abidin III dan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Pada tahun 1972 kerajaan negeri Terengganu telah mengambil berat terhadap perkembangan Gamelan dan berhasrat menjadikan kesenian itu sebagai sebahagian kegiatan kerajaan . Satu kumpulan ditubuhkan dengan nama Joget Gamelan Setia Usaha Kerajaan Terengganu ( SUKTRA) yang dipengerusikan oleh Dato Setiausaha kerajaan Terengganu .
♥ wahh , I LIKE SEJARAH kan :D ♥
credit to : Istana Budaya ♥
Hingga sekarang , muzik gamelan sangat terkenal dengan kehalusan seni bunyi nya .
Sesiapa sahaja yang mendengar pasti terkesima :)
#amboi ayat , sedikit klasik disitu okey .
Terdapat 6 nada yang diguna pakai dalam muzik gamelan iaitu :
do re mi so la do
1 2 3 5 6 i
#jangan cari nombor 4 ea, sebab dalam gamelan nada ke-4 takde
nak main kena ikut kiraan nada . Bagi instruments² yang digunapakai ialah :
1. Bonang
2. Gambang
3. Peking
4. Saron
5.Demong
6. Kenong
7. Gong
terbahagi kepada dua jenis :
- Gong Aggong ( besar )
- Gong Sowokkan ( kecil )
8. Gendang
juga terbahagi kepada dua jenis :
- Gendang Ibu
- Gendang Anak
#gambar² aku tak sempat cari sebab banyak kan . So , nnti aku post entry yang lain okey ?
Tenkiu
Lagu² yang popular dimainkan antaranya :
Topeng , Timang burung , Lambang Sari , Geliong , Perang Menggong , Gambuh Menari , Payung patah ,dan banyak lagi .
#sampai tak larat aku nak menaip dah -.-'
aku suka main lagu Timang Burung sebab lagu tuh lagu pertama yang aku belajar :DD
korang try la dgr jugak .
Dalam kumpulan aku , aku pemain Gambang . Actually tak senang pun main gamelan nie ,
korang kena bagi daya tumpuan yang sangat tajam terhadap pembacaan not .
Kadang² boleh terlupa . Ehehehe :D And² nak ucap thanks kat PAPA sebab ajar aku main Gamelan :D wee . Caya laahh papa rockk m(o__o)m
Ohh pantang larang ketika main gamelan . Ehh jangan ckp takde , mesti ade .
Alat² muzik gamelan tak boleh dipukul dengan menggunakan pemukul yang lain selain pemukulnya sendiri .
# Err . Maksod nya , jangan pukul guna benda lain selain pemukul khas dia .
Nanti bunyi dia lari , dah tak sodap . Ehehe
okeyy , aku pun baru tahu kot . ~(-_-~) wuuuu
Hahh , penat . Aku rasa ini entry paling panjang yang pernah aku buat .
Ahahaha takpe lah ,
♥ demi Cintaku pada Gamelan ♥
aku rela . Acewahhh ~
Muahh muahhh ~ kbai :D
No comments:
Post a Comment