♥ Kisah Kertas Dinding ♥
gelagat seorang manusia apabila mendapat handphone baru yang diikuti susur galur kehidupan nya
#bhahaha mana aku dapat idea nieh tah ;p
Apabila seorang remaja diberikan handphone baru atau membeli telefon bimbit baru, si dia akan segera menukar
gambar kertas dindingnya atau lebih dikenali sebagai wallpaper :p
Pada mulanya si dia akan meletakkan gambar si dia sendiri sebagai muka hadapan supaya si dia dapat
melihat muka nya yang ayu atau kacak itu.
#tidak dinafikan :)
Kemudian, apabila si dia sudah mula berkawan dengan seorang gadis atau seorang jejaka,
kertas dindingnya akan ditukar kepada gambar teman karib nya itu.
Katanya " BestBuddies"
#padahal ada simpan perasaan terhadapnya .
Selepas mengenali nya dengan rapat sekali, secara tiba-tiba gadis atau jejaka tadi sudah pun mempunyai
pasangan. Kertas dindingnya akan ditukar sekali lagi, atas tanda-tanda kekecewaan , si dia
akan meletakan gambar yang agak sedih dan menyayat hati tanda si dia terluka .
ish3 kesian ..
Setelah sekian lama, dia mulai bosan dan kononnya memulakan kisah baru. si sia akan menukar
gambar kertas dindingnya kepada gambar dirinya semula yang agak hot itu.
Kemudian , apabila si dia sudah mendapat pasangan hidup yang series dengan nya,
si dia akan menukar kan lagi gambar kertas dindingnya kepada gambar pasangan tercinta nya itu.
dan begitu seterusnya . sekiranya mereka bergaduh, gambar akan bertukar silih berganti.
setelah mendirikan rumahtangga :D ecececey ,
si dia akan menukar gambar dinding kepada gambar perkahwinan mereka. Wahh , romantik gitu .
Beberapa tahun kemudian, mereka akan dikurniakan anak dan saat itu gambar kertas dindingnya akan
ditukar kepada gambar anak mereka. haha nampak tak , kadang-kadang gambar si isteri atau si suami
akan hilang . yang tinggal gambar anak bersama salah seorang pasangan mereka.
apabila anak sudah meningkat dewasa, si dia mulai bosan. haihh tukar gambar lagi.
gambar apa ? gambar scandal masing masing :P
haha kejahatan sudah bermula .....
dan perkara ini berlarutan sehingga meningkat usia si dia.
Akhirnya gambar terakhir yang akan terpapar di skrin telefon bimbit si dia ialah ,
♥ cinta kepada Allah s.w.t adalah yang utama :) ♥
#heuw heuw alhamdulillah ...
♥ Salam Maulidurasul :) ♥
Thanks
No comments:
Post a Comment