Allah itu Maha Mengetahui

Aku keluar untuk meraikan ulangtahun persahabatan yang ke 2 tahun bersama si dia. Petang itu, selepas berjumpa dengan si dia, aku mengambil keputusan untuk terus pulang ke Kuala Pilah. Masa tu aku berada di Terminal Satu Seremban. Aku pun terus membeli tiket bas Cityliner di kaunter. Hmmh nak dipendekkan cerita, layanan terhadap pelanggan memang kurang mesra tapi tiada pilihan lain. Memandangkan terlalu ramai yang beratur untuk membeli tiket ke destinasi yang sama, aku turut beratur. Penat tapi nak buat macam mana. Masa tu langit dah bertukar warna. Mendung. Kalau tunggu lagi lama, alamatnya tak sampailah aku ke Kuala Pilah sebelum jam 6 petang. 5 minit berdiri menunggu giliran, maka tibalah giliran aku untuk membeli tiket.

" Bang, tiket ke Kuala Pilah satu," 

Penjual tiket tersebut memberikan aku tiket tanpa senyum. Aku pun pelik sedangkan aku senyum sampai ke telinga. Kenapa ea?
aku pun menghulurkan beberapa helai wang kertas. Harga tiket RM4.50 sehala.

"Takdo duet kocik ko dek? Lain kali nak boli, sediokan duet syiling cukop-cukop," 

Wah. Pakcik ni guna bahasa nogori dia pulak. Aku pulak yang dimarahnya. Hmm. Mungkin betul kata pakcik tu. Salah aku jugak agaknya.
Lepas tu, aku pun beratur di platform yang sepatutnya ke Kuala Pilah. Haih. Terlalu ramai penumpang yang nak ke Kuala Pilah. Macam mana ni? Dapat ke aku duduk? Bas kecik. Hmmh. Dalam 5 minit aku termenung menunggu bas yang tak kunjung tiba, kedengaran suara seorang lelaki.

" Ha, kalo ado bas, naik jo. Jalan jem kek Ulu Bendol. Trip bas banyak terlopeh,"

Alamak. Susahla. Aku pun menunggu dengan penuh sabar. Semakin ramai orang beratur dibelakang aku. Lepas beberapa minit, bas pun tiba. Tapi aku tak dapat meloloskan diri untuk masuk kerana sudah mampat bas tersebut. Macam sardin dalam tin. Keadaan bas memang selalu begitu. Bas "banyak" sehinggakan tak mampu nak menampung jumlah penumpang. Aku pun tunggu lagi disitu. Didepan papan tanda yang bertulis:

'Platform ke Kuala Pilah/Bahau'

Banyak nya warga sing kat sini. Aku yang berani-berani itik terus jadi gelabah ayam sebab terlalu ramai foreigners. Tapi hati lega sebab ternampak ada pondok polis disitu. Hmm. Puas hati. Selepas trip pertama berlepas, selang beberapa minit, bas trip ke-2 tiba. Aku pun terus menerjah ke hadapan pintu bas. Masa pintu bas terbuka, aku kena tolak dan terhimpit di pintu bas. Aduhai. Melekat muka di cermin pintu bas. Hmm. Sabar. Aku ditolak sehingga hampir terjatuh. Kemudian, kesabaran aku telah mula hilang. Aku berjaya memloloskan diri ke depan pintu bas dan berjaya menyekat orang lain masuk ke dalam bas. Dalam masa yang sama, aku terdengar suara seorang perempuan India yang menyuruh orang awam yang 'sopan' agar jangan menolak anak-anaknya yang sedang berusaha untuk naik ke dalam bas. Tanpa lengah waktu, aku pun menarik tangan 2 orang kanak-kanak India tersebut dan menyuruh mereka untuk mencari tempat duduk dahulu.

"Jangan tolak anak-anak saya! Tolongla!"

Aku yang terkedu melihat sikap orang awam yang langsung tiada budi pekerti rasa begitu kecewa. Selepas aku memberikan tiket kepada pemandu bas, aku melihat ibu kepada 2 orang kanak-kanak tadi masih lagi berusaha untuk naik. Namun gagal. Entah kenapa secara tiba-tiba aku bersuara di atas bas tersebut:

" Mintak maaf, boleh tak encik-encik bagi auntie ni naik dulu. Kesian kat anak-anak dia,"

Dan tak ku sangka pemandu bas tersebut menjawab pemintaan aku:

" Dah-dah, ekau tak payah nak berlagak hero. Tak payah uruskan hal orang. Ekau poghi duduk sekarang. Biar dia uruskan sendiri,"

Blank . . . . .


Sangat terkedu. Rakyat Malaysia memang begini ke? Malu. Kecewa. Itu yang mampu aku ungkapkan masa tu. Tapi syukur lah , kanak-kanak tadi dapat duduk. Hmmh. Apa yang membuatkan aku bersikap sebegitu ialah dengan meletakkan diri kita didalam situasi tersebut. Apa yang anda rasa? 



'Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibubapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-belitkan keterangan ataupun enggan ( daripada menjadi saksi) , maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan'  
            Surah An-Nissa' : Juzuk 5 : Ayat 135

Oleh itu, pengajaran ayat ini pada aku ialah :


  •   sentiasa bertolak ansur
  •   jujur pada diri
  •   bertimbang rasa
So, anda semua bagaimana? Pernah mengalami situasi seperti ini? Jika ia, bersabarlah. Kemanisan yang aku dapat ialah balik ke kolej dengan menaiki bas tanpa menyewa teksi. Jimat :) Alhamdulillah .



Syukran.





No comments: