57 Tahun Kemerdekaan: Merdeka Budak Sekolah



57 tahun dah kita rakyat Malaysia sambut hari kebangsaan. Tapi tahun ni sambutan kemerdekaan dibuat secara ala kadar. Konsert dan program hiburan telah pun ditukar kepada program-program pengisian insaniah dan kerohanian. Alhamdulillah, memang sepatutnya begitu lah kan sebab kita kan duduk didalam sebuah negara Islam dan majoriti rakyatnya pun beragama Islam. Pendekatan rohani kena lebih padu.

Dalam keterujaan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-57 tahun, sama-sama lah kita berdoa dan banyakkan sedekah surah Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa tragedi MH17 dan MH370. Seperti mana yang kita tahu dua kumpulan jenazah mangsa-mangsa tragedi MH17 telah selamat dibawa pulang ke tanah air dan diberikan penghormatan terakhir oleh seluruh warga negara. Manakala kumpulan seterusnya dijangka akan dibawa pulang pada 2 September ni. InshaAllah, moga-moga dipermudahkan segala urusan.

Kisah Aku

Sempena hari kebangsaan ni kan, ada tak kisah-kisah menarik yang boleh dikongsi bersama? Kalau kisah daripada aku sendiri, ada la tapi tak menarik mana pun. Cuma bagi aku bermakna la, of course. Aku ni dah la jenis yang senang ingat peristiwa-peristiwa terindah. Bagi aku, merdeka ni maksudnya bebas. Bebas dari segala nya. Bebas dari mental je kot. Agaknya la.

Zaman sekolah la yang paling seronok bila sambut Merdeka. Bangunan sekolah dihias dengan bendera-bendera. Mural kat dinding pun penuh. Lukisan yang dulunya pudar kusam kulat dan penuh dengan kesan tapak kasut sekolah, dah pun dicat baru. Macam-macam aktiviti sekolah anjurkan. Ada perhimpunan rasmi sepanjang hari tu.

 Persembahan koir, syair, sajak, band sekolah, syarahan, pidato, debat, macam-macam lagi. Ada pula aktiviti sukaneka. Itu yang paling best bila tengok cikgu-cikgu bersukaneka, macam-macam skill keluar. Cikgu yang low-profile pun show-off sudah nya. Memang best. Bagi aku satu je yang seronok masa sambutan hari merdeka kat sekolah sepanjang tahun:

JUALAN; GERAI MAKAN-MAKAN

Hahaha. Kawan-kawan aku ramai yang berniaga. Memang terbaik la. Aku pun tolong juga, tapi tolong makan. Hehehe. Melariskan jualan kononnya.Selain daripada sambutan hari merdeka, bagi aku merdeka ni maksudnya bebas kan. Bebas daripada apa? Bebas daripada:

UPSR/PMR/SPM

Okay. Lepas saja habis peperiksaan besar macam yang dinyatakan diatas, budak-budak sekolah akan panggil peristiwa tu peristiwa paling penting dalam hidup, iaitu Merdekaaaaaa!!! Lepas keluar dewan peperiksaan, nak pulak kertas terakhir yang diduduki, memang melompat sambil menjerit;

MERDEKAAAAAAAAAAAAA!!! WOIIII MERDEKAAAAAAAAAAAA WOIII !!! AKU BEBASSSSS!! TAK PAYAH SEKOLAH DAHHH WOIII !!! HUUUUYYYY !!

ayat laungan diatas ni cuma dipakai lepas SPM saja okay. Bila dah melangkah masuk universiti, sama juga cuma setahun tu dua kali sambut merdeka. Dalam 3 tahun, 6 kali merdeka saja. Bila dah konvo, baru la puas, merdeka sepanjanggg panjanggg nya sampai lama juga menganggur kan.

Tak kisah la apa jua pandangan, kisah, maksud merdeka bagi kita. Setiap individu lain kisahnya, lain maksudnya. Lain novel, lain plot nya, cliche endingnya. Hahaha prosa baru aku la ni. Tapi bagaimana pula mereka yang tak mampu nak kecapi nikmat kemerdekaan? Seperti negara Palestin?

Salam kemerdekaan.

No comments: