Aku menghidapi insomnia :|



Assalamualaikum :| hai korang . 


balek²  kelas dah post entry ekhh . maju dah . har har :P 

hari nie aku nak share tntang masalah yg aku hadapi sekarang nie . tak twu pulak kn aku mghidap sejenis penyakit ToT

houh ? saket ? ehh , jgn la gelabah sgt . tak kronik pun sakit ney . INSOMNIA nama nye .

harr harr :D bunyi mcm seramkan . actually tak sries mana pun , tapi kalau dibiarkan tnpa di rawat ,

bakal mengundang masalah lain yg lebih teruk lagi :( aku pun tak sedar yg aku ade simptom² insomnia neh .

baru twu biler aku cerita kt kwn aku yg aku susah tidor mlm . tgk lah dlm bbrapa hari neh . boleh post entry jam 4-5 pagi . terok kan .

mybe sebab skrg aku byk masalah , trlalu byk fikir . smpai kwn² aku ckp aku stress .





 nampak ? sriesly rmbut aku dah makin nipis dah . byk ggur . stress punyer fasal lahh .

humm . aku harap aku cepat semboh . doakan aku lahh .

seksa giler kot tak dpt tidor mlm =="




APA ITU INSOMNIA ?


Ia merupakan sejenis gangguan tidur di mana kualiti tidur seseorang terjejas atau menghadapi masalah tidur.
Tahap insomnia
* Ringan - Berlaku dalam tempoh beberapa hari, fungsi harian hanya sedikit atau langsung tidak terjejas.
* Sederhana - Ia berlanjutan kurang dari sebulan, menjejaskan fungsi harian, disertai rasa letih dan mudah tersinggung.
* Kronik - Masalah sukar tidur yang berlanjutan lebih sebulan, sekali gus menjejaskan fungsi harian. Individu terbabit akan berasa gelisah, mudah tersinggung, letih dan bimbang.

JENIS² INSOMNIA

* Insomnia primer
Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur tidak disebabkan oleh masalah kesihatan.
* Insomnia sekunder
Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur akibat masalah kesihatan yang dihidapinya. Ia mungkin disebabkan oleh penyakit psikiatri atau bukan psikiatri.
A. Psikiatri
* Masalah kemurungan, skizofrenia
B. Bukan psikiatri
* Ubat-ubatan untuk hipertensi, kolesterol, sakit kepala
* Sindrom Pernafasan Terhenti (Sleep Apnea)
* Epilepsi
* Penyakit kegagalan buah pinggang berfungsi, paru-paru, hati
* Pola tidur yang terbalik, tidur siang berjaga malam
* Penyakit Parkinson
* Penyakit Fatal Familial Insomnia (FFI) iaitu
sejenis penyakit genetik tetapi jarang berlaku
* Rest leg syndrome
* Pedih hulu hati
* High altitude insomnia
* Angin ahmar
* Penyakit Alzheimer
* Ketumbuhan otak
* Migrain


TEMPOH ATAU KEKERAPAN BERLAKU INSOMNIA



* Insomnia akut
Berlaku dalam jangka masa pendek. Tempohnya mungkin antara satu malam hingga beberapa minggu. Ia biasanya disebabkan gangguan pada emosi atau fizikal termasuklah:
a. Tekanan - bertukar atau kehilangan kerja, kematian orang yang disayangi, berpindah
b. Sakit yang ringan
c. Persekitaran - bunyi bising, cahaya, cuaca terlalu panas atau sejuk,
d. Perubahan masa tidur - jet lag atau syif kerja.
* Insomnia kronik
Berlanjutan sekurang-kurangnya tiga malam seminggu dalam tempoh sebulan atau lebih. Ia berpunca daripada banyak sebab seperti kemurungan, tekanan yang kronik, sakit dan sebagainya.


TIPS² MENGATASI NYA 



* Mempelajari teknik merehatkan mental dan fizikal
* Tidur pada waktu yang sama pada setiap hari
* Elakkan tidur pada waktu tengah hari
* Melakukan senaman dengan kerap
* Bergantung kepada sesetengah individu, elakkan minuman yang merangsangkan otak seperti kopi atau teh pada lewat petang atau malam
* Jangan merokok
* Belajar menangani tekanan
* Pastikan persekitaran bilik tidur selesa untuk tidur.










 ..... " YA ALLAH ya TUHAN ku , jangan lahh Engkau beban kan dgn bebanan yang aku tidak tertanggung ,
 sesungguhnya Engkau Maha Pengasih , lagi Maha Mengasihani . Aminnn Ya Robballalamin :(  "  ......






No comments: