Teori Revolusi Manusia dan Pra-Sejarah.Hanya Dongeng dan Mitos???




Bismillahir'rahmanir'rahim
Assalamualaikum semua. Pada awal sekali aku nak mintak maaf pada semua pihak yang mana terlibat secara langsung atau tidak terlibat. Bukan nak menyokong mana-mana pihak atau ingin menjatuhkan sesiapa. Aku just nak share pendapat aku setelah kawan aku buat presentation mengenai Teori Revolusi Manusia Oleh Charles Darwin. Siapa saja yang tak kenal Charles Darwin. Sainstis barat yang katanya terkenal. aku malas nak sembang lebih pasal dia sebab dia wujud waktu tu aku takde lagi kat dunia ni. So, nak kata hebat, entah lah. Teori dia pun macam tak betul je, ramai jugak pihak yang tak bersetuju dengan teori beliau yang mengatakan revolusi manusia sendiri iaitu seperti aku dan korang yang lain merupakan primat bermula dari seekor kera yang bernama Lucy.



 Logik ke tak? Ade ke manusia yang sempurna akalnya *sesetengah aje* dikatakan menyerupai seekor kera yang tidak mempunyai akal hanya mempunyai nafsu sahaja? Bagi aku itu semua subjektif takde hujah yang kukuh nak buktikan semua tu. sedangkan sejarah Islam, sejarah para nabi kita, menyatakan Nabi Adam merupakan insan yang pertama turun ke dunia. Dan ketika itu, Nabi Adam telah pun dikurniakan oleh 
Allah S.W.T kebijaksanaan yang tinggi kerana Nabi Adam mempunyai kelebihan memguasai pelbagai bidang ilmu. Korang fikir lah secara logik. Nabi Adam turunkan semua ilmu-ilmu yang Nabi Adam sendiri miliki kepada anak cucu cicitnya. Iaitu kita sendiri. Logik ke tidak persoalannya kalau kita dikatakan bermula sebagai kera yang tak tahu buat apa-apa , hanya tahu makan dan minum? 

Lain pulak cerita tentang teori zaman prasejarah di malaysia. Bermula 300 000 tahun dahulu. Terbahagi kepada 4 fasa iaitu zaman paleolitik, zaman mesolitik,zaman neolitik dan zaman Logam. Seperti mana yang kita belajar kat sekolah. Tidak kah korang berasa teori itu pelik, kenape kita diajar sejarah manusia bermula dengan begitu dashyat, tinggal di dalam gua, hanya tahu mencari makanan, tidak tahu membaca, bercakap, tidak berpakaian, sedangkan Nabi Adam diturunkan oleh Allah dari syurga dengan ilmu yang penuh didada. kalau korang rajin nak fikir, fikir fikirkan. Semua persoalan ni memerlukan korang untuk berfikir secara waras. Kalau nak lebih jelas lagi , aku dah sediakan satu link video yang aku cari kat youtube. 




korang tengok, korang fahami, dan selidik lah sendiri, ade kebenaran tak tentang semua yang aku cuba sampaikan kat korang. Pada aku, aku faham mesej yang video ni cuba sampaikan. aku harap korang pun macam tu jugak. Okay lahh. Mengarut sana-sini. Papepun, stay cool chill. aku ambik berat pasal semua ni. sebab tu aku share. akhirkata, 


Ya Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengetahui, tunjukkan hambamu jalan yang benar, jalan yang diredhai, jalan yang jannah. Ya Allah yang Maha Agung, atas nama-Mu aku memohon, hindarkan lah hambamu dari segala tipu muslihat dari Iblis dan syaitan yang dilaknat. Ya Allah, aku berlindung dibawah sinar hidayahMu dan permudahkanlah segala urusan ku didunia dan diakhirat. Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Aminn Ya Robbal'alamin ~

wallahu'alam tawa'kkaltulallah -.- Assalamualaikum .

copypaste dari blogsampah

No comments: