Kongsi Cerita Raya 2014



Assalamualaikum w.b.t --

Salam Nuzul Quran 1435H. Harini, dah masuk 17 Ramadhan kita berpuasa. Alhamdulillah. Ada balance 13 hari saja lagi sebelum masuk bulan Syawal. Dah ada yang buat persiapan awal sempena lebaran termasuklah my mom. Harini sibuk gunting langsir dengan jahit kain langsir. Semangat sungguh my mom nak sambut lebaran. Pergi pasar cari kuih raya, tapi sebalang je yang dia beli. Awal lagi katanya. Nak murah, beli masa malam raya. Ha 3 balang RM10 pun ada. Jangan terkejut.

My abah pula sibuk mengecat rumah. Amboi, semangat mengecat. Tahun ni dapur cat warna hijau muda. Warna feveret abah aku. Depan belakang, semua hijau. Kalau boleh semua nak hijau lah. Tapi raya tahun ni, tema baju warna kelabu pink. Sweet gitu. Aku belum sempat lagi nak shopping raya. Awal lagi rasanya. Aku cuma sibuk siapkan decoration untuk lebaran ni. Alhamdulillah, 70% siap. Tak lah gempak mana, cuma raya ni nak buat kelainan sikit. Meh nak belanja gambar dua keping. Rasanya siapa yang tengok gambar ni, tahulah nak buat apa kan.





Okay. Next entry will be cerita mungkin lepas raya sebab sibuk nak mengemas rumah, lagipun line tenet agak semput sedikit dekat-dekat nak raya ni. Mintak jelaskan bil agaknya. Hihi. Selamat berpuasa semua dan selamat menyambut hari raya aidilfitri ;)