Review Losyen Pencerah Vaseline Instant Fair

Review produk: Losyen Vaseline berkesan!



Produk terpilih hari ini ialah Losyen Pencerah Vaseline Instant Fair. Jangan salah tengok, sebab Vaseline banyak jenis. Kalau yang ini botol warna ungu. Kakak aku pun haritu salah beli. Mula-mula tengok iklan televisyen macam tak boleh percaya sebab mitosnya boleh cerahkan kulit sekelip mata. Alamak. Mitos sangat.

Tapi nekad nak cuba. Aku beli sebotol yang kecik 100ml. Tak mahal mana, berbaloi la. Beli dekat farmasi pun banyak. Tapi pilih dan tengok betul-betul takut tertukar dengan satu jenis lagi yang warna merah jambu. Lepas aku beli, aku cuba dalam seminggu. Testimoni diri sendiri. Taraaa!



Tolong abaikan jari yang debab tu. Boleh la tahan. Cuma satu masalah timbul, kulit tangan aku agak kering. Bila pakai vaseline lagi tambah kering, solusi lain bagi mengelakkan hal itu berlaku, aku banyakkan minum air dan makan buah. Alhamdulillah, kulit kering dah kurang, nak kata lembap sangat tu tak ada la. Cuma selesa sikit bila usap kulit badan, terutama bahagian tangan dan jari.

Mitosnya tentang losyen ni ialah cerahkan kulit sekelip mata? Mana ada produk yang magis sangat boleh cerah dalam sekedip mata. Kalau ada aku pun nak. Hihi. Boleh cerah cuma penggunaan nya kena lebih kerap. Kalau ikut cara aku, lebih suka pakai waktu pagi selepas mandi dan waktu nak tidur. Dua kali sehari pun dah memadai. Apa yang dikatakan boleh mencerahkan kulit dalam tempoh masa yang agak singkat ialah:

skin micro reflectors



Baru tahu teknologi ni wujud. Kalau tak pakai, tak belek, tak baca, tak tahu. Selain daripada tu, losyen ni ada triple sunscreen protection (SPF) bagi mengelakkan berlakunya sun-burn. Jangan bagi kulit cepat terbakar la kiranya. Tapi jangan lah pergi berjemur tengah panas tanpa sebab semata-mata nak buktikan yang losyen ni berkesan. Peratus kepuasan terhadap produk ni 75%. Pesanan terakhir kalau nak tahu produk-produk ni berkesan kena rajin buat kajian, kena buat testimoni, cuba sendiri tapi kalau ada kesan alergi, mintak nasihat pakar. Anda semua ada review jugak pasal produk ni, atau produk lain? Meh la kongsi.

Selamat mencuba.

Pesanan kakak aku: Suka la tu tangan dah putih melepak.Dah la jari debab, pendek hahaha.
Ermmm --'

8 comments:

irrayyan said...

Pernah pakai ibu putih sbb nak putih kononnya. Akhir ya muka jadi tompok2. 2-3bulan jugak nak baiknya. Huhu pastu taknak try dah any pemutih. Biar la seadanya. Hehehe irrayyan.com

Kekzamanis said...

Sekarang duk pakai nivea serum whitening repair.. Tu pun beli kat watson guna watson member card.. Redeem separuh harga.. Baru lagi pakai, takleh nak buat review lagi.. Hehe..

Oh, btw salam kenal dari saya Mieza.. ^_~
Rosmiza Ali Official Blog™

Unknown said...

wah..betul ker neh??klo camtuh nk try jgakla..btw..jln2 sni...jmput dtg ke blog sy.. (,")

Cik Itah said...

salam. wahhh..berkesan!

Unknown said...

@irrayyan Ibu putih? Apetu hahaha baru dengar ni, serious :P takpe, semulajadi pun cantik dah hehehe

Unknown said...

@Rosmiza Ali produk nivea pun bagus tauu, dulu pakai jugak yang untuk hydration punya, alhamdulillah ok utk kulit kering. huhuhu nanti buat la review, boleh nengok dan bace hehe

Unknown said...

@Miss Yana betul, tiada ap yg betul melainkan betul ekekeke. heee jemput2 :)

Unknown said...

@Cik Itah@RRP dia punyer wahh tu macam excited huhuhuhu cuba2