30 Fakta tentang blog Mawar


30 Fakta tentang blog aku ini. Agak pelik sebab aku tak pernah share apa-apa yang akan memburukkan prestasi blog aku ini. Tapi tak mengapa sempena ulangtahun kami hari ini, aku nak bagi tahu fakta tak iktiraf.





  1.   Alhamdulillah entry dah mencecah seratus
  2.   Blog ni dah nak masuk 3 tahun. Lama jugak la dia wujud cuma aku tak rajin nak menela'ah dia. 
  3.   Pageview tak banyak macam orang lain. Dah 3 tahun pun 10 riban pun tak sampai.
  4.   Blog ini sentiasa berubah ikut mood aku. Design, template, semua la coding sendiri.  Hiks
  5.   Past entry banyak cerita pasal personal life sebagai student la, apa la, bla bla bla.
  6.   Pasal cintan-cinton ada jugak tapi banyak yang dah kena delete. Puih.
  7.   Kadang-kadang blog ini pandai merajuk. Tempelete selalu crash.
  8.   Suka pasang-buang widget sesuka hati.
  9.   Pernah buat tutor dalam ni tapi sekejap je jalan lepas tu babai.
  10.   Dulu rajin gila masuk contest, giveaway, review, jadaharom semua tu tapi sekejap je sebab     tak konsisten. Sibuk belajar kataaku. 
  11.   Pernah ada facebook page tapi dah tutup sebab tak famous. Lalala.
  12.   Blog ini pernah di-wanted kan oleh seorang blogger yang mungkin dia tak RP lagi. Mybe.
  13.   Rajin share entry dekat facebook profile tapi selalu kena herdik dan perli pedas cili padi sebab     entry bosan gila biba.
  14.   Pernah tutup blog sekejap sebab ada stalker tegar tak sedar diri curi bahan dan gambar-             gambar dalam ni.
  15.   Pernah failed test sebab layan blog ni.
  16.   Pernah lulus test sebab layan blog ni jugak. Yang ni agak pelik.
  17.   Tak pernah cash-out nuffnang atau ads company dari blog aku ini. Nampak tak betapa             lembapnya perkembangan blog ini.
  18.   Pernah buat giveaway tapi tapi tapi hampeh.
  19.   Pernah join sponsorship dalam giveaway tapi kena tipu.
  20.   Pernah dapat review yang macam tak berapa nak ikhlas je daripada seorang blogger.
  21.   Selalu tukar domain. Domain sekarang dah tak ingat yang ke berapa.
  22.   Nama samaran pun selalu tukar. Kejap budak kain, kejap hinata weng, kejap pahjendoljemah.   Un-matured.
  23.   Pernah buka tempahan untuk edit blog atau buat header tapi tak jalan juga. Teruk sangat       karya aku dulu. Tsk.
  24.   Gaduh? Belum lagi. Aku sopan santun. Sopan.
  25.   Dulu ada 3 blog. Sekarang satu saja yang selalu kena ubah-suai. Satu lagi buat test coding         tempelet baru. Satu lagi dah jahanam.
  26.   Ada juga share video cover nyanyi lagu i'am neeta - terima kasih.
  27.   Entry paling banyak terima pageview ialah entry review k-colly.
  28.   Tak pernah join bloggers party sebelum ni.
  29.   Iklan nuffnang tak pernah tukar tapi dah ada kemajuan, dah naik taraf daripada non-geliteri   apa ntah kepada geliteri tak reti. Amount? Sama. Puih.
  30.   Blogging sampai internet tak wujud lagi dalam dunia.
Aku tak tahu sampai bila aku nak hidup dengan blog ini sebab blog ini tak dapat beri pulangan apa-apa pada aku. Sekadar tempat kongsi macam-macam hal. Zaman blogging dah beralih arah, orang dah tak minat pakai blog. Sekarang dah ada wordpress la, macam-macam lagi. Kalau dulu berebut-rebut orang buat acc blogger, nak ada blog sendiri. Sekarang dah lain.

Aku harap blog ni terus hidup selagi aku rajin pakai internet. Hiks. Sekadar kenangan katakuu. Lepas ini dah nak jadi B2B. Eh.

kbai.

*RP = Reach puberty
*B2B = Bride 2 Be

2 comments:

irrayyan said...

Tahniah! Bride to be

Unknown said...

@irrayyan hehehe malu pulak, thanks :)